- Kulit janin berwarna merah, berkedut dan diliputi rerambut halus.
- Mata janin mula terbuka dan jari tangan serta kaki mula kelihatan.
- Janin masih terlalu kecil dan belum bersedia untuk hidup di luar rahim ibu. Jika dilahirkan semasa ini, bayi perlu diberikan penjagaan rapi dan intensif.Diakhir bulan keenam, janin berukuran 11 hingga 14 inci panjang dan berat 1 hingga 1 ½ paun.
Ibu
Anda mungkin merasa janin menendang kuat pada bulan ini.
Kulit perut anda juga terasa gatal dan pecah-pecah. Belakang anda mungkin terasa sakit.
Amalkan cara duduk dan berdiri yang baik.
Untuk membuatkan anda selesa, pakailah kasut bertumit rendah atau tanpa tumit.
Anda juga mungkin mengalami kesakitan pada bahagian bawah perut anda kerana rahim anda mengembang.
Berat anda akan meningkat tetapi jika anda menyusukan anak selepas lahir anda akan mudah menurunkannya semula ke berat badan asal anda.
Tip
Untuk mengelakkan pedih ulu hati, amalkan makan 5 hidangan, sedikit tetapi kerap.
Anda mungkin alami sembelit. Minum lebih air atau jus buah, dan makan makanan tinggi fiber. Jangan mengambil antacid atau laksatif tanpa nasihat pakar
1 ulasan:
setuju2..makan kerap2..;)
Catat Ulasan