12 Mac 2010

gerakan pertama

Aku mula rasa gerakan atau tendangan pertama anak kecil dalam perut ini sehari sebelum aku check up iaitu pada hari Selasa 10.03.2010.  Sebelum ini aku tidak tahu atau tidak dapat kesan pergerakan bayi kerana tidak mahu terlalu perasan. Ada yang kata pergerakan bayi seperti rerama. Ada juga cuba bayangkan bagaimana rasa rerama dalam perut? Sebab aku tak pernah masukkan rerama dalam perut. Gurau je. Sebenarnya aku tak dapat imagine rasa itu.
Nah, malam tu waktu aku sedang berbaring, sambil membaca majalah mami dan baby, aku rasa sesuatu iaitu seperti tendangan tapi aku fikir perasaan aku je. Bila kali kedua aku rasa pergerakan sama di tempat yg sama, aku letakkan tapak tangan aku untuk kepastian.  Janin dalam perut ini seolah mengerti perasaan aku, dan beri tendangan sekali lagi. Terujanya perasaan aku, bila suami aku masuk bilik, aku beritahu dia tapi bayi ini dah berhenti bergerak.  Apapun terima kasih buat ibu tersenyum ye sayang.
Waktu check up, seperti yang aku jangkakan, soalan itu akan di tanya. Sekarang, saat aku menulis tadi bayi menendang juga. Baby faham perasaan ibu ya. Baby tau ibu cerita tentang baby ye.
Bercerita tentang panggilan ibu, suamiku yang cadangkan panggilan itu kerana kedua-dua mak kami dipanggil mama, dan adiknya pula dengan gelaran umi. 
Jadilah
suamiku - ayah.
aku - ibu.

p/s: Mendoakan yang terbaik kandungan ini sehingga aku dapat dengar sendiri gelaran-gelaran itu dari mulut anakku yang tercinta. Amin.


3 ulasan:

Fathiyah berkata...

comelnya =)
take care iza

m@Ri@ berkata...

maria plk tgh tido time rs tendangan pertama..pastuh dah tak tido dah..asyik tersenyum srg2..hhe

scha exa dan dunianya berkata...

fathiyah : comel tang mana tu awak..insyaAllah...

maria : he...sy baca pun da terbayang perasaan awak..1st xperience la katakan...skang da kuar, owh dak tu ekh yg tendang2 time malam tu..hehehe