16 Mac 2010

Mana Nak Cari Keperluan Bayi dan Maklumat Susu...

Salam,
Sebenarnya aku dah tak sabar nak berbelanja untuk bayi.  Asalnya aku dan suami rancang untuk berbelanja dari awal. Ramai yang sokong. Tapi bila mak mentua tegur jangan beli dulu dan tunggu sampai perut nampak, aku pendamkan je niat tu. Aku faham dia taknak kami terlalu teruja. Sebenarnya aku sama mengandung dengan kakak ipar iaitu kakak suami aku. Tapi tiada rezeki buatnya, dia gugur masa awal-awal kehamilan.  Aku pun takut juga. Tapi sentiasa doakan semoga aku dan baby selamat sehingga bersalin. 
Asalnya aku rancang untuk berbelanja awal sebab tak nak rasa sangat pengeluaran duit untuk perbelanjaan bayi tapi bila mama da cakap macam tu, aku simpan je la duit sikit-sikit.  Buat masa sekarang, kalau beli pun, aku cuma beli baju-baju bayi yang aku rasa murah masa ada sale dan cantik.  Baru ada lebih kurang 5 @ 6 helai.  Untuk berpantang pula, mama suruh aku join kawan dia main duit kutu dan dapat duit hujung bulan 7. Sebab katanya masa berpantang pun banyak juga nak guna duit. 
Aku fikir bila start masuk 6 bulan, aku nak fulun cari yang penting-penting.  Mesti terasa nanti kan duit keluar.  Sebab di bulan ke 7 berkemungkinan juga baby akan keluar.  Bukan aku doa, tapi berjaga-jaga. Sebab aku ada baca kesan dari hb kurang, kemungkinan bayi akan keluar pramatang.  Lagi satu teringin nak cari botol susu untuk susu-susu ibu yang di pam. Pernah dulu tengok kat nona tak silap, macam mana ibu iaitu seorang doktor menyusukan anak.  Dalam ice box yang tempat beku tu penuh dengan botol-botol susu mengikut tarikh.  Macam mana ye nak cari. Teringin nak cari info tu lagi.  Harap-harap siapa yang ada info leh ar share ngan aku ekh..


12 Mac 2010

gerakan pertama

Aku mula rasa gerakan atau tendangan pertama anak kecil dalam perut ini sehari sebelum aku check up iaitu pada hari Selasa 10.03.2010.  Sebelum ini aku tidak tahu atau tidak dapat kesan pergerakan bayi kerana tidak mahu terlalu perasan. Ada yang kata pergerakan bayi seperti rerama. Ada juga cuba bayangkan bagaimana rasa rerama dalam perut? Sebab aku tak pernah masukkan rerama dalam perut. Gurau je. Sebenarnya aku tak dapat imagine rasa itu.
Nah, malam tu waktu aku sedang berbaring, sambil membaca majalah mami dan baby, aku rasa sesuatu iaitu seperti tendangan tapi aku fikir perasaan aku je. Bila kali kedua aku rasa pergerakan sama di tempat yg sama, aku letakkan tapak tangan aku untuk kepastian.  Janin dalam perut ini seolah mengerti perasaan aku, dan beri tendangan sekali lagi. Terujanya perasaan aku, bila suami aku masuk bilik, aku beritahu dia tapi bayi ini dah berhenti bergerak.  Apapun terima kasih buat ibu tersenyum ye sayang.
Waktu check up, seperti yang aku jangkakan, soalan itu akan di tanya. Sekarang, saat aku menulis tadi bayi menendang juga. Baby faham perasaan ibu ya. Baby tau ibu cerita tentang baby ye.
Bercerita tentang panggilan ibu, suamiku yang cadangkan panggilan itu kerana kedua-dua mak kami dipanggil mama, dan adiknya pula dengan gelaran umi. 
Jadilah
suamiku - ayah.
aku - ibu.

p/s: Mendoakan yang terbaik kandungan ini sehingga aku dapat dengar sendiri gelaran-gelaran itu dari mulut anakku yang tercinta. Amin.


fuh fuh fuh [gaya buang habuk]

assalamualaikum dan salam sejahtera semua yang sudi menjengah, membaca dan meninggalkan jejak di sini.

Sudah sebulan lebih aku tinggalkan aktiviti berblogging.  Catatan terakhir ialah copy paste tentang spina bifida.  Itu je yang termampu, cepat dan pantas.  Ya, aku sibuk. Di pejabat, tiada masa lagi untuk aku curahkan perasaan melainkan dengan pantas iaitu meninggalkan jejak ringkas di facebook.  Sungguh, aku rindu.  Aku ingin update blog ini dengan copy paste perkembangan kehamilan pula mengikut bulan2 aku mengandung.  Lagi aku nak update percutian di Bukit Fraser nan indah bersama family dan juga meluahkan perasaan yang terpendam, insyaAllah jika sempat lah.  Memang hendak sangat abadikan semua kenangan indah.

 

Nama

Laki selalu jarang untuk menunjukkan perasaan mereka. Maksud aku suami aku.  Semalam aku seronok sangat bila dalam perjalanan pulang, tiba-tiba B tanya kalau anak perempuan nak namakan apa.  Kenapa? Sebab jarang dia nak mulakan dulu cakap tentang bayi.  Seingat aku pun masa mula-mula dapat tahu mengandung tu pun, dia tunjukkan teruja dia melalui perbuatan sahaja.  Dia beli set tilam dan bantal dan set pakaian bayi. Segalanya biru. He. Indah saat tu. Terkejut dan gembira.
Aku minta suami yang menamakan anak perempuan kerana aku takda ide. Itu pun dia macam nak taknak je angguk. Ada ke dia mcm angguk, senyum dan menaikkan bahu je reaksi dia. Tapi akhirnya dia jawap ok dan senyum juga. Laki kan. Tapi aku tahu dia suka bila aku beri hak itu. Nama anak laki telah lama aku simpan sejak sebelum kahwin lagi sebab minat dengan nama yang aku lihat dalam senarai nama pilihan tapi masih ragu-ragu juga. Macam nak tambah-tambah pun ada. Tengok je lah nanti ok.

nota tangan : tak suka bila orang pk dan cakap bukan-bukan pasal bayi dalam kandungan ini sebab aku juga risau cuma mampu tawakal

Bulan kelima

Bayi

  • Janin menjadi lebih aktif, berpusing dari sisi ke sisi dan kadangkalanya kepalanya ke atas badan.
  • Janin akan tidur dan terjaga dalam selang masa tertentu.
  • Kukunya telah turut tumbuh, begitu juga dengan rambut dan keningnya.
  • Dalam bulan ini, anda boleh mula melihat jantina bayi melalui ultrasound kehamilan.
  • Janin membesar dengan cepat dan diakhir bulan kelima, panjangnya menjadi 8 hingga 12 inci dan berat menghampiri 1 paun.

Ibu

Peranakan anda telah berkembang sehingga ketinggian pusat.

Jantung anda berdenyut lebih laju.

Tidur secukupnya pada waktu malam.

Jangan terlalu memaksa diri bekerja kuat, rehat jika anda kepenatan.

Jika anda tidak mengambil kalsium secukupnya, anda mungkin akan mengalami kekejangan kaki.

Yang menyeronokkan semasa ini, anda telah mula merasa pergerakan bayi di dalam perut bermula dengan rasa ibarat ada rerama sedang terbang di dalam perut anda. Gerakan ini akan semakin ketara apabila bayi semakin membesar.

Tip

Perkembangan dan berat janin boleh terjejas jika anda merokok, minum minuman keras atau mengambil dadah. Masih belum terlambat untuk anda berhenti.Anda boleh mula merancang untuk melahirkan di mana, dengan siapa dan cara kelahiran.