Sebenarnya aku dah tak sabar nak berbelanja untuk bayi. Asalnya aku dan suami rancang untuk berbelanja dari awal. Ramai yang sokong. Tapi bila mak mentua tegur jangan beli dulu dan tunggu sampai perut nampak, aku pendamkan je niat tu. Aku faham dia taknak kami terlalu teruja. Sebenarnya aku sama mengandung dengan kakak ipar iaitu kakak suami aku. Tapi tiada rezeki buatnya, dia gugur masa awal-awal kehamilan. Aku pun takut juga. Tapi sentiasa doakan semoga aku dan baby selamat sehingga bersalin.
Asalnya aku rancang untuk berbelanja awal sebab tak nak rasa sangat pengeluaran duit untuk perbelanjaan bayi tapi bila mama da cakap macam tu, aku simpan je la duit sikit-sikit. Buat masa sekarang, kalau beli pun, aku cuma beli baju-baju bayi yang aku rasa murah masa ada sale dan cantik. Baru ada lebih kurang 5 @ 6 helai. Untuk berpantang pula, mama suruh aku join kawan dia main duit kutu dan dapat duit hujung bulan 7. Sebab katanya masa berpantang pun banyak juga nak guna duit.
Aku fikir bila start masuk 6 bulan, aku nak fulun cari yang penting-penting. Mesti terasa nanti kan duit keluar. Sebab di bulan ke 7 berkemungkinan juga baby akan keluar. Bukan aku doa, tapi berjaga-jaga. Sebab aku ada baca kesan dari hb kurang, kemungkinan bayi akan keluar pramatang. Lagi satu teringin nak cari botol susu untuk susu-susu ibu yang di pam. Pernah dulu tengok kat nona tak silap, macam mana ibu iaitu seorang doktor menyusukan anak. Dalam ice box yang tempat beku tu penuh dengan botol-botol susu mengikut tarikh. Macam mana ye nak cari. Teringin nak cari info tu lagi. Harap-harap siapa yang ada info leh ar share ngan aku ekh..
