28 September 2013

Set Berpantang Shaklee + Set Menyusu Shaklee + Set Kurus Shaklee

Sedang mencari Set Berpantang? Set Menyusu? Set Kurus?
Nak cuba Shaklee?
Jom tahu apa kebaikan mengamalkan Set Berpantang Shaklee
-Makan seawal hari pertama berpantang
-Boleh makan jika baby jaundis
-Merawat masalah sembelit ketika pantang...
-Luka bersalin normal/operation cepat baik
-Banyakkan susu badan
-Memberi kesegaran luar & dalam...
-Memberi kecergasan. Kebanyakkan pengguna set pantang shaklee tidak rasa seperti dalam pantang kerana badan segar dan sihat...

Kenapa? Jom lihat fungsi setiap Vitamin Shaklee:

VITALEA: (klik sini untuk info lanjut)
~ Berfungsi sebagai multivitamin dan pemberi tenaga ketika dalam pantang & menyusu
~ Setiap nutrien di dalamnya juga dapat dikongsi bersama bayi yang menyusu badan
~ Menaikkan bacaan hb
~ Menghalang masalah pitam akibat kehilangan banyak darah ketika bersalin dan tidak mendapat rehat yang secukupnya


B COMPLEX (klik sini untuk info lanjut)
~ Membantu untuk mengawal stress level ibu berpantang dan menyusu
~ Menstabilkan kembali hormon
~ Membantu masalah saraf
~ Mengelakkan ibu berpantang daripada masalah meroyan


VITAMIN C (klik sini untuk info lanjut)
~ Memperbaiki tisu-tisu yang rosak ketika bersalin
~ Memberi kesegaran dan pembentukan semula kolagen
~ Menghalang wajah daripada pucat

ZINC (klik sini untuk info lanjut)
~ Membantu mempercepatkan penyembuhan luka (bersalin normal/operation)
~ Membantu memperkuatkan akar rambut. Dapat mengelakkan rambut dari mudah gugur

***SANGAT DIGALAKKAN JIKA ANDA TAMBAH SET MENYUSU DAN SET KURUS

ADD ON SET MENYUSU

ESP (klik sini untuk info lanjut)
~ Membantu untuk membekalkan tenaga segera dan berpanjangan bagi ibu berpantang & menyusu
~ Membantu memekat dan membanyakkan susu
~ Memperbaiki sel-sel kulit dan menganjalkan kulit agar kulit menjadi lebih sihat dan lembab


ALFALFA (klik sini untuk info lanjut)
~ Sebagai penggalak susu badan (Milk Booster)
~ Membantu penghadaman dan pencernaan
~ Merawat keputihan dan mampu meningkatkan keinginan untuk bersama pasangan
~ Mengetatkan vagina
~ Sebagai ejen detox dan nyah toksik. Sesuai bagi mereka yang nak slim

OSTEMATRIX (klik sini untuk info lanjut)
~Menguatkan tulang, kuku, gigi dan sistem saraf.
~Membantu mengatasi kekejangan dan kebas-kebas.
~Membantu mengurangkan hiperaktiviti perut dan masalah gastric.Penting bagi ibu yang menyusu badan bagi diri ibu sendiri dan anak.


ADD ON SET KURUS
LECITHIN (klik sini untuk info lanjut)
~ Membantu memecahkan lemak-lemak degil yang terdapat dalam badan
~ Membantu untuk menurunkan berat badan

Jika anda berminat, jangan ragu-ragu lagi untuk mencuba set-set yang tersedia sila pm/sms/whatsapp "set pantang" ke 017-7807014.
Harga menarik dan gift special menanti anda!!
Anda juga boleh pergi sendiri 
ke cawangan Shaklee dan menggunakan ID saya 913771 (Shah Iza binti Shahdan) serta menyatakan produk pembelian yang anda mahu.  Kelebihannya?  Anda akan dapat harga ahli.
 


Shah Iza Shahdan
Pengedar Shaklee [ID: 913771]
017-7807014

 

13 Julai 2013

Hi Tea Jutawan Shaklee

Alhamdulillah seramai 600 orang ahli kumpulan jutawan shaklee berkumpul di Majlis Hi Tea Shaklee anjuran grup leader Master Shareza atas kejayaan beliau.

Semua orang mampu jadi mcm beliau..angka pendapatan beliau 6 angka setiap bulan..satu pencapaian yg membanggakan, bermula dari 2 angka..bukan skim cepat kaya jadi perlu bertatih, semai benih dan  usaha yang istiqamah dan  jangan berputusa asa.  Jika down, kembali kepada cita-cita asal. Pesanan untuk diri sendiri jua.

Doakan aku mcm tu juga, kalau kawan-kawan nak bersama dengan group Jutawan kami, boleh isi borang.

Tidak rugi cuba RM65 sahaja daftar ahli sepanjang hidup (+ RM10 pos member kit), kemudian, usahalah,.. Jalan akan dibantu oleh semua group, terpulang pada diri sendiri je..jangan cipta alasan.
Shah Iza Shahdan Pengedar Shaklee [ID: 913771] 017-7807014

07 Julai 2013

Persiapan Ramadhan

Assalamualaikum Sahabat Blog Tersayang,


Salam Jumaat.  Lebih kurang tinggal 5 hari saja lagi untuk kita menyambut Ramadhan.

Alhamdulillah iza bersyukur semalam, dapat pergi majlis ilmu "Persiapan Menghadapi Ramadhan" di pejabat.  Walaupun sedikit lambat sebab kekangan kerja, tapi hati memang teringin hendak pergi, akhirnya pergi juga.  Alhamdulillah.

Antara yang saya ingat adalah 2 nikmat yang kita dapat semasa berpuasa ialah 1 semasa berbuka puasa dan kedua ialah ketika kita melihat betapa besar pahala berpuasa di bulan Ramadhan, insyaAllah.

Penceramah juga sentiasa mengingatkan supaya solat Tarawih sepanjang Ramadhan.  Witir juga.  Dan dimaklumkan bahawa Witir juga merupakan solat sunat rawatib di mana solat tersebut boleh diqada'kan.

Di sin kami di Shaklee juga menawarkan sarapan bertenaga bg yg ingin kekal bertenaga, yg x suka bersahur berat, yg terlewat bgn, ibu2 menyusu yg bimbang susu merundum dan bg yg ingin bertadarus. Insyaallah dgn izinNya kita akan sentiasa fokus dgn apa yg dilakukan..

Bagi yg rasa kurang berkemampuan untuk melakukan tarawih boleh mengambil set berikut


atau anda boleh juga ambil Vivix. Vivix membantu meningkatkan prestasi sel pada bulan Ramadhan.




Untuk sistem pencernaan yang sihat semasa bulan Ramadhan
- Pepermint Ginger Plus;
- Alfafa Complex; dan
- Herblax
Membantu mengekal kesihatan sistem penghadaman dan mencegah sembelit.



Untuk flesibiliti optimum

- OmegaGuard;
- Ostematrix; dan
- Joint Health Tablet

Membantu menyokong keselesaan sendi, mengurangkan sakit sendi dan mengekalkan tisu penyambung yang sihat.


Shah Iza Shahdan
Pengedar Shaklee [No. id: 913771]
017-7807014
 

01 Julai 2013

Promosi Shaklee - Julai 2013

 Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini sudah beralih bulan Julai 2013.

Anda ternanti-nanti promo bulan ini?

Promo bulan ini ialah GLA (sila klik sini untuk keterangan lebih lanjut)



Antara set yang paling famous dengan GLA ini ialah set kehamilan dan set kecantikan.

Set Kehamilan ialah
-GLA
-B Complex
- Alfafa
(untuk wanita)
- Zinc
-Vitamin E.
(untuk lelaki)

Testimoni:
 

Set Kecantikan:
-GLA
-ESP
-B Complex
-Vitamin E
-Vitamin C
-Collagen Powder
-Vivix
(Boleh pilih mengikut bajet anda)

Testimoni


Set Senggugut dan testimoni:

Cepat-cepat order sebelum terlepas!

Saya akan bagi anda harga harga terbaik bersama konsultansi dan cadangan pengambilan vitamin.

Lain-lain testimoni..


Testimoni bagi pengurangan cyst:
 Testimoni dari Bleeding selama 6 bulan..





 

27 Jun 2013

Letih, Mengantuk dan Stress?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda rasa mudah letih, mengantuk, tidak bermaya dan stress?

Kadangkala sudah tidur cukup tapi masih mengantuk, kenapa? Anda mungkin menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, sebelum itu cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.

Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.

Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.

Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)

Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.
UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.
Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.
Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?
‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.
Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius
 Credit

 Cara mengatasi?

 Shaklee menawarkan set Family Wellness

Program kesihatan Shaklee memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.

Kebaikan:
*Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
*Membantu anda berasa lebih bertenaga
*Menguatkan sistem imun anda
*Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.




 "Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati"

Shah Iza Shahdan
Pengedar Shaklee [No. id: 913771]
017-7807014