30 Disember 2008
Salam Maal Hijrah 1430
~pagi2 dpt SMS dari sepupu 'ALLAHU AKBAR..Ya Allah, di TAHUN BARU 1430 HIJRAH ini. Berkatilah SAUDARAKU ini, LIMPAHKAN rezeki MU padanya, BAHGIAKAN beliau dan keluarganya. MUDAHKAN urusannya. TERIMALAH ibadahnya serta AMPUNI segala dosanya. SELAMATkannya didunia & diakhirat. AMIN! SLMT TAHUN BARU HIJRAH 1430'
Lepas tu aku tido balik...then aku dpt mimpi yg amat best...seolah2 aku merasa idup dalam kemewahan...seperti sepupuku itu...mewah dgn rumah agam...dgn bilik yg indah n romantis..dgn peti ais yg besar..tak perlu nak buka peti ais utk amik ice cube...just luar peti je (can u imagine)..dgn perabot dan tv LCD yg besar melekat di dinding..terlalu humble utk mengaku itu rumah aku bile org datang...ah! tak penah aku impikan...aku hanya bersyukur dgn hidup yg sederhana...tp dgn nikmat mimpi tu aku rasa sangat bersyukur...dpt merasa perasaan orang2 kaya...(moga org yg diberi nikmat kaya bersyukur)...alhamdulillah..tibe2 teringat lagu PIANKA-Mahu yg Besar...syok!
Tahun Baru - Maal Hijrah 1430
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Doa Awal Tahun:
(x dpt nak copy paste lew)http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Doa Akhir Tahun:
(sama lew..tak dpt nak copy paste gak..rugi rasanye tak dpt nak share)
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
28 Disember 2008
Perkahwinan penutup 2008
ape yg lain rumah belah pempuan ni pun wat pelamin sendiri..teramat la simple..cam tak best lak...simple sgt..lg best hasil keje tangan family angkat aku..pttnye ila gak yg mekap..tp makcik si pengantin nk mekap..sbb mkck die pun mak andam katenye..ok mekapnye tp mana ada org kai net kat pale dah..pattern lama la..sian si pengantin...tau la die mude..21 thn..mungkin tak byk permintaan..xpe la.. ni aku attach pic di pelamin..sedikit blur..
So, tahniah kepada pengantin..nnt aku update belah laki lak k..sbg pembuka perkahwinan 2009 yg aku hadiri..erm ada masa ni..sesaje la nak senaraikan sedikit perkahwinan yg aku hadiri sepanjang tahun..tak byk pun...hehehe..nih yg aku sempat snap je ar..sebab yg tak snap mest lew aku tak ingat...hahaha..aku kan mudah lupe...tahniah wat~(bulan 3) dua pupu aku..Kak Suhana dan pasangannye yg bernikah bulan 3 dan bersanding bulan 8..sebabnye nk mengikut suami..husband navy lew katakan..bersanding pun bawah pedang..tapi pic kawen die takde. sebab? hp aku ilang...ada pun pic pelamin nih je la..ekekeke...berkongsi tarikh nikah dgn kawan lama aku herliyana..tak sempat snap..pengantin bz..so aku amik pic ngan kawan2 lama lain..hahahaha
~(Jun) anak kwn baik arwah ayah aku kawen..inilah pengantin yg tak reti diam kat atas pelamin...syok melayan org...kalo leh bunga telur pun die nak bg sendiri..syok plak aku nengok die..ikut parents die la tu..peramah n suke melayan org..
~(Julai) membe poli..fara..cun..best..dpt jumpe beberapa org membe poli lelain..tp tak amik pic pun..amik pic ngan su n hani je..coz naik bus JPA ngn dorang..
~(ogos) kak yan..tak amik pic pengantin..pic pelamin n brg hantaran je yg ada..hehehe..
dan apa yg sedih ada pasangan yg cerai..aku mendoakan dibukakan hati utk merujuk semula..kerana dalam usia perkahwinan yg terlalu muda tuk mengenal satu sama lain...dan utk mengambil keputusan sebesar penceraian..
Belansungkawa n Blogger kurang ajar...
1) pasal kemangkatan YDP Besar Negeri Sembilan.. Almarhum Tuanku Ja'afar..diumumkan berkabung selama 40 hari..terasa juga lah sebab radio pun wat lagu slow2 jek ari tu...takziah diucapkan kepada keluarga beliau
dan
2) pasal blogger yg kurang ajar menyentuh sensitiviti masyarakat kite dgn menyebut berkenaan nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w...nk gak tgk blogger die..bgs sgt ke orgnye..pempuan Melayu katanye..elok la dikenakan tindakan..biar sume belajar dari kesilapan die..atau nama dan identiti die diperalatkan..tak tau lah..tp pada blogger yg bersalah tu arap dipertanggungjawabkan dgn hukuman yg setimpal...agar rakyat Malaysia sentiasa aman...kalo die 'olang free thinker' itu die punya pasal...tak perlu nak pertikaikan agama lain..
24 Disember 2008
Iye ke ni??

saje nak muhasabah diri..tgh2 free nih..
minat?leh join same..
tak minat?boleh layan blog lain..(hahahaha...poyo gilos)
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat. (ekh...takkan la tak pernah..hehehe)
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan. (mesti la penah..manusiakan mudah lupe)
3. makan atas pinggan yang terbalik. (camne nih...tak paham lew)
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri. (cam tak penah jek..)
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan. (pe yg jatuh?)
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil. (kbykan tmpt mmg takde tmpt wuduk yg khusus..contohnye umah aku..ekekeke)
7. suka bersandar pada pintu rumah. (penah la gak..kalo org datang tuh..tue la aku wat dulu..cam tade tulang belakang..hehehe)
8. suka duduk di atas tangga. (tade tangga..tp kalo ada..mmg suke)
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan. (jarang..kecuali bekas air basuh tangan da penuh..ekh paham kan...hehehe)
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung. (mana penah..cam pelik jek)
11. tidak membersihkan rumah. (of course la penah...aku kan rajin..:P)
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain. (lap ngan kain penah lew..sama ke?)
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam. (oh tidak! telah maklum kn yg aku rajin)
14. suka tidur di atas muka. (jarang sangat..tak benapas kang..huhuhu)
15. membakar kulit bawang. (pelik nih..ada ke org wat..SAPE WAT GTAU..sebab aku x paham)
16. menjahit baju yang sedang dipakai. (tak penah kot..sebab rajin sangat ke aku menjahit)
17. mengelap muka dengan baju. (org laki suke nih..ekekeke..tp mustahil la aku tak penah..sebab aku kan comot)
18. berdiri sambil bercekak pinggang. (si die suke nih :P)
19. tidur tidak memakai baju. (tidak lew..sejuk..)
20. makan sebelum mandi hadas. (ehehehe :D)
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh. (cam penah pulak aku solat subuh kat masjid...)
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit. (uik..tade la rajin mcm tu bangat)
23. lambat pulang dari masjid. (tidak dinafikan...aku lew antara org yg akan cepat lik kalo g masjid)
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak. (glew ke ape..arap tidak)
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan. (penah...kan aku rajin)
26. suka memadam pelita dengan nafas. (kalo time besday camne nih..oh itu lilin)
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup. (ok kena matikan dulu ek kutu itu..huhu)
28. membasuh kaki dengan tangan kanan. (keadaan mcm ne nih..kalo jirus air ofkos tngn kanan..tp kalo pegang kaki..tangan kiri lew..)
29. membuang air kecil pada air yang mengalir. (he..bermaksud membuang time mandi kat sungai ngan pantai ke...he...jwp sendiri2 la ek)
30. memakai seluar sambil berdiri. (biasa sesangat)
31. memakai serban sambil duduk. (chop!!pe ek rupe aku kai serban..ahaks!)
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis. (errk..dah mmg bilik air tu tmpt buang air kecil)
33. makan dengan menggunakan dua jari. (wah..ni utk dijawap oleh org gedik, tak selera mkn dan takde jari yg cukup jek..hehehe)
34. berjalan di antara kambing. (tade kambing di sisi aku)
35. berjalan di antara dua perempuan. (mesti la ada... ke kenyataan ini utk kaum adam shj??)
36. suka mempermainkan janggut. (ye...aku ada janggut sesangat..)
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut. (cam biasa tgk org laki wat)
38. meletakkan tapak tangan pada hidung. (tgh bayang gaye aku sekejap..perlu ke wat camtu)
39. suka menggigit kuku dengan mulut. (nope!)
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan. (ahaks!ofkos lew)
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil. (ops!!)
42. menguap ketika solat. (ye sudah tentu pernah)
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil. (puih...jarang lew nak meludah)
p/s: seandainya ini fakta...betapa banyak amalan aku adalah penyumbang kepada kesusahan aku sendiri
