Baru sekejap duk kat mahkamah sesyen dalam 4 bulan, aku pulak kena tukar. Tukar ke Mahkamah Tinggi. Macam kena campak-campak. Surat bertukar serta-merta. Tarikh surat 17 Mei. Tarikh tu juga aku dapat khabar angin. Dorang nak tukar, terus wat surat tarikh dorang decide. Sedangkan 17 Mei tu, PA tukang sign pun tak dapat surat lagi. Aku terima pun 18 Mei petang, lepas aku minta surat kat admin sebab Mahkamah Tinggi da panggil aku. Serabut.
Yang sangat kecewa dan sedih bila 17 Mei tu juga, aku khabarkan pada Hakim dan minta dia bantu, tapi dia suruh aku pergi je. Taknak nama di black list katanya oleh Pengarah katanya. Antara alasan aku taknak tukar ialah aku baru di Mahkamah Sesyen, ada PA gred N32 dan aku tiada pengalaman handle tmpt N32. N22 pernah lah. PA gred N32 ni ada breast cancer, tapi da habis kimo. Aku rasa sangat tak adil dia ditempatkan di N17. Bagi aku dia lebih layak. Bila aku nak ajukan sendiri dengan Pengarah, ramai tak setuju. Katanya Pengarah kalau da buat keputusan, memang tak akan berganjak. Aku ikutkan ajelah.
Perasaan masa mula2 jaga Pesuruhjaya Kehakiman yang lebih di kenali sebagai Yang Arif @ YA sangat mendebarkan. Mana taknya, aku sentiasa rasa diri aku banyak kelemahan, walaupun gred aku da bertukar N27 tapi bagi aku pengalaman bekerja semasa di Kementerian Kewangan dengan Mahkamah adalah sangat berbeza. Banyak perkara-perkara yang perlu aku belajar. Bila dapat Mahkamah Tinggi 7 yang baru dijumudkan ni, tentulah banyak kekurangan. Tanpa komputer, printer dan sebagainya, banyak tempat aku kena merempat untuk siapkan kerja. Dalam seminggu lebih baru complete. Kat sini perkara baru yang aku kena buat ialah segalanya tentang pemandu YA. Dari perlantikan, gaji, elaun lebih masa semua di bahu aku.
Awalnya aku dapat YA perempuan. Baik sangat. Bertudung labuh, suka senyum, orang Utara dan rajin. Apa-apa surat atau fail yang dibawa masuk, akan diangkat sendiri ke luar. Yang tak selesa cuma YA suka buka pintu, jadi bila kami nak borak pun seakan-akan berbisik. He, hormat dan segan la katakan. Dalam seminggu aku berkhidmat dengan dia, aku dapat surat pertukaran beliau ke MT Kuala Lumpur.
Sedih pun ada. Dia pun kata baru je nak bermesra dengan u ol. Dia suruh aku tawarkan driver yang baru dilantik dengan YA yg gantikan tmpt dia nanti, dan aku suggest yang dia blh bawa driver tu. Dia tak kisah cuma perlu tanya driver sebab driver tu orang Johor kan. Driver yang mmg dah seronok ngan YA tu pun terus nak ikut, sebab byk dgr khabar angin yang akan gantikan YA adalah seorang Dato' yang garang. Huhu.
Akhirnya hari ini terjawab YA baru tu seorang lelaki dari Mahkamah Perusahaan Johor. Macam cina wajahnya, tinggi dan baik juga orangnya. Alhamdulillah. Hari ini juga aku risik2 dengan PA lama YA baru tu. PA baru ada menyatakan hasrat untuk mengikut YA ke Mahkamah Tinggi ni. Katanya sebelum ini YA nk bawa dia, tapi dia taknak sebab pernah berkhidmat di Mahkamah Sesyen ni dah lama. Tapi baru sekarang dia tergerak hati nak mengikut bos lama dia tu. Aku tak kisah pun kalau ditukarkan semula ke Mahkamah Sesyen. Relaks sikit sebab kat MT ni banyak kerja. Dah tu aku cuma dapat elaun tanggung kerja untuk gred N32 yang dalam seratus lebih je. Aku tak dapat pendapatan lebih macam sebelum ini di Mahkamah Sesyen sebab aku dapat Mahkamah Tinggi yang buat kes-kes jenayah. Masa di Mahkamah Sesyen Sivil, pendapatan aku selama aku 4 bulan di situ da dapat 1k lebih. Ada PA yang da lama duduk jaga gred N32 ni tapi tak pernah terima elaun tanggung kerja pun. Jadi, apa ku kisah??hehe..
Cuma yang seronok di high court ini bila ada orang yang blh aku minta tlg, iaitu ordeli. Tak perlu lagi aku ke stor untuk ambil barang, tak perlu lagi aku bersusah payah untuk fotostat, shred, hantar surat ke admin, angkat fail dll. Ordeli ni sama macam Pembantu Am Pejabat, cuma nama je berbeza. Tugas utama dia sebagai pengiring YA ke mana sahaja YA pergi. Time aku dengan perut membesar dan ada orang membantu, ringan sikit la beban aku. Tapi kat Mahkamah Sesyen pun aku tak gerak sangat pun.huhu.. Tgk masa gak ar..sebab tu ar tak bape kisah...huhu...nak ke tak bersuara kat YA nih???huhuhu
2 ulasan:
ooo..kin igt kan dulu iza mmg ade ordeli. so, skang ni da dok MT ok la kt kan. oderli ade leh mtk tlg itu ini .
ein : tu r..asalnye JPA bg iza ke MT time MT takda kkosongan pun lg tp sbenanye ada 2 jwtn kosong di MS. so iza ke MS. Bila ada jwtn PA kosong, dia nk iza balik sbb surat JPA tu.
Catat Ulasan