27 Ogos 2009

Jualan

Hari ini dengarnya ada jualan oleh Puspanita di ofis aku ni. Jualan ni bukan selalunya ada. Kadang-kadang (teringat petikan cerita lama pula). 2, 3 bulan baru ada. Kali ni tiada hebahan seperti biasa. Hanya mulut ke mulut. Nak pergi ke? Bershopping waktu2 lapar ni membuatkan nafsu membeli memuncak. Bagi yang dah kebalkan hati je boleh melawan nafsu membeli atau sekadar beli untuk keperluan dan cuci mata. Tapi bagi menyambut raya kebiasaannya banyak pulak yang dirasakan perlu ada. Sebenarnye jualan ni memang memudahkan la. Tak perlu nak cari jauh2 barang untuk sambut raya tapi juga untuk memudahkan menghabiskan duit dalam masa singkat. Ala, duit. Macam mana elak pun habis jugak. Esok-esok mencari juga barang perlu itu. Tapi time raya satu je bukan keutamaan. Baju. Jarang sekali aku beli baju raya lebih dari 2 pasang. Tahun lepas pun cuma sepasang. Itu pun cari di malam raya. He. Pelik ke? Erm, aku ada alasan tersendiri. Sebabnya aku cuma sibuk di hari pertama raya sehingga ke 12 malam atau pagi barulah sampai rumah. Habis rumah2 saudara yang tak ke mana dilawati. Lepas tu raya kedua dah lepak depan tv. Nak raya rumah kawan pun jadi tak pasti. Takut2 mereka masih dikampung masing2 lagi. Al-maklumlah aku tiada atuk dan nenek lagi.
Tapi raya kali ni terfikir utk beli lebih pula sebab raya kedua aku ke Johor Bahru beraya bersama keluarga mentua. Jadi, banyak pulak yang kena di beli. Takkan nak balik dengan tangan kosong je kan. Gaji bulan sembilan pula dapat awal sebelum raya. Erm...paham2la kalau duit dah ada depan mata. Mampos lepas raya kena cari ikhtiar lain. Kalau kebiasaannya aku cari kuih dan baju di malam raya, kali ini aku dah order awal. Takut jadi macam tahun lepas. Nak cari murah punya pasal. Malam raya baru bergegas nak shopping bagai. Kuih raya yang best2 dah habis. Dapat lah kuih raya dan kerepek seadanya. Selebihnya dapat tempias hujan dan jam. He.


5 ulasan:

nanonano berkata...

besnye dpt gaji awal sblm raye,
syok sket nk mborong,
hehe..

ha ahh..
skrg ni dah ade 2family,
kena baju raya byk sket,
mane tao dia nk bwk kite g beraye umah sedara mara dia smpai 2-3hr kan?
huhu :p

scha exa dan dunianya berkata...

he..sebab kelmarin gaji lew ada jualan ni..adoyai..mencabar betul rasanye..ye ar..tu baru umah sedara mara die lagi..umah kawan2 tak masuk lg..hahahha..
(terpk na kena cari baju mcm mana lak raya ni..he)

cujern berkata...

best tak jualan kali nie? nak cari baju yang dah siap...

scha exa dan dunianya berkata...

ala...mesti menda sama je tu...he. tak tgk lg la..nnt iza roger ok..

Nur berkata...

stoberi leh buat sendiri ke weh? sape yang leh buat sendiri stoberi meh ler ajar aku.. :p