17 April 2014

Faktor wanita tidak hamil

PUNCA UTAMA TIADA CAHAYA MATA?
1. Period tidak teratur
2. Cyst/ Endometriosis/ Fibroid
3. Sperma Lemah/ Tidak Matang



4 Faktor Yang Menganggu Ketidaksuburan Wanita

1. ENDOMETRIOSIS
2. FIBROID
3. GANGGUAN FASA LUTEAL 
4. POLYCISTIC OVARIAN SYNDROME (PCOS)


Bagaimana PCOS menyebabkan ketidaksuburan?

Disebabkan ketidakseimbangan hormon, ovari gagal mematangkan telur. Jika tiada telur yang matang, ovulasi, persenyawaan dan kehamilan tidak akan berlaku. Apabila tiada telur yang dilepaskan, folikel yang masih ada tidak dapat membentuk korpus luteum dan mula menghasilkan hormon progesteron. Tanpa progesteron endometrium tidak akan menebal dan proses menstruasi akan terhenti.

Dalam PCOS, folikel mula mematang dan membina tetapi ia tidak dapat menghabiskan proses itu. Mereka kekal dalam bentuk sack yang dipenuhi air yang juga dikenali sebagai cyst. Cyst ini menyebabkan hormon lelaki (androgen) mengelirukan sistem endokrin.

Cyst melepaskan estrogen yang bertanggungjawab dalam memberikan isyarat kepada kelenjar pituitari untuk melepaskan LH. Disebabkan kekeliruan ini, sesetengah wanita PCOS percaya bahawa mereka mengalami ovulasi setelah mereka melihat hasil ujian ovulation- prediction kits. Sebenarnya, folikel terlalu muda untuk dilepaskan. Dan sekiranya ianya terlepas, kualitinya terlalu rendah dan keguguran akan berlaku.

Ketidaksuburan berlaku kerana kegagalan ovulasi disebabkan hormon androgen yang berlebihan dan kekurangan hormon estrogen dan progesteron yang dirembeskan oleh ovari. Kekurangan FSH menyebabkan androgen tidak dapat ditukarkan kepada estrogen. Maka, folikel tidak dapat dimatangkan dan diovulasikan.









Shah Iza Shahdan 
Pengedar Shaklee [ID: 913771] 
017-7807014

Tiada ulasan: