Assalamualaikum.
Alhamdulillah hari ini aku diberikan kesihatan dan mampu
untuk pergi ke kerja. Seminggu bercuti
(5 hari MC) cukup menginsafkan aku betapa kesihatan adalah anugerah yang amat
ternilai, yang aku sendiri jarang untuk berfikir dan menghargai.
Aku diberikan rehat sebab denggi. Petang Jumaat (8.11.2013) aku rasa lemah,
penat. Sempat singgah ke Shaklee untuk
beli barang yang dipesan pelanggan.
Berjumpa dengan Ayu, rakan seniaga Shaklee, berjanji esok jumpa di Seminar Mini
Magnet Kekayaan dan Kejayaan di The Zone.
Malam aku tidak larat, lemah, rasa mual, cirit birit, tidak
selera makan tapi aku gagahkan jua diri ke seminar tersebut. Seminar ini percuma jika hadir bertiga. Aku diajak Ayu seminggunya yang lepas untuk
ke Seminar Mini Magnet Kekayaan dan Kejayaan bersama suami aku sekali. Ya,
adalah baik untuk ajak pasangan anda untuk hadir ke seminar motivasi
bersama-sama. Sama-sama dapat pengisian.
Pagi 9.11.2013 walaupun tidak larat tapi aku gagahkan diri
jua. Kami hantar anak-anak ke rumah mak
mentua dahulu dan kemudian ke The Zone.
Pendaftaran diri dapat buku percuma!!
Jika dilihat di belakang kulit buku tersebut, buku tersebut dijual
dengan harga RM24.00.
Seminar ini bermula agak lambat, sambil itu kami disajikan
dengan video tentang pengalaman mereka yang berubah dari Zero ke Hero dengan
adanya ilmu dari menghadiri majlis ilmu Dr Azizan Osman.
Permulaan seminar tersebut dengan sedikit pergerakan yang
membuatkan aku yang lemah menjadi cergas tersenyum sendiri. Bila sudah mula ceramah, aku mula tidak larat
semula, pening dan mengantuk, akhirnya aku lena dibuai mimpi sendiri. Apa yang aku dapat dalam seminar ini ialah
1. Bersyukur. Setiap
hari berapa kali kita bersyukur?
Alhamdulillah.
2. Solat. Aku tidak memberi rezeki kepadamu malah Aku lah
yang memberi rezeki kepadamu.
3. Bersedekah. Bagi
aku yang sentiasa meletakkan diri sentiasa rasa tidak cukup, maka bersedekah
membuka pintu rezeki buat aku.
3 perkara ini aku dapat tangkap walaupun tidak sihat sebab
bagi aku 3 perkara ini perkara sama yang disaran dalam buku Mudahnya Menjemput
Rezeki. Aku baru saja khatam buku itu.
Dalam dunia aku sekarang, motivasi sangat penting.
Salam bertemu lagi.
Shah Iza Shahdan - Pengedar Shaklee [ID: 913771]
017-7807014
