18 November 2013

Seminar Mini Magnet Kekayaan dan Kejayaan oleh Dr Azizan Osman.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ini aku diberikan kesihatan dan mampu untuk pergi ke kerja.  Seminggu bercuti (5 hari MC) cukup menginsafkan aku betapa kesihatan adalah anugerah yang amat ternilai, yang aku sendiri jarang untuk berfikir dan menghargai.

Aku diberikan rehat sebab denggi.  Petang Jumaat (8.11.2013) aku rasa lemah, penat.  Sempat singgah ke Shaklee untuk beli barang yang dipesan pelanggan.  Berjumpa dengan Ayu, rakan seniaga Shaklee, berjanji esok jumpa di Seminar Mini Magnet Kekayaan dan Kejayaan di The Zone.

Malam aku tidak larat, lemah, rasa mual, cirit birit, tidak selera makan tapi aku gagahkan jua diri ke seminar tersebut.  Seminar ini percuma jika hadir bertiga.  Aku diajak Ayu seminggunya yang lepas untuk ke Seminar Mini Magnet Kekayaan dan Kejayaan bersama suami aku sekali. Ya, adalah baik untuk ajak pasangan anda untuk hadir ke seminar motivasi bersama-sama.  Sama-sama dapat pengisian.

Pagi 9.11.2013 walaupun tidak larat tapi aku gagahkan diri jua.  Kami hantar anak-anak ke rumah mak mentua dahulu dan kemudian ke The Zone.  Pendaftaran diri dapat buku percuma!!  Jika dilihat di belakang kulit buku tersebut, buku tersebut dijual dengan harga RM24.00.

Seminar ini bermula agak lambat, sambil itu kami disajikan dengan video tentang pengalaman mereka yang berubah dari Zero ke Hero dengan adanya ilmu dari menghadiri majlis ilmu Dr Azizan Osman.

Permulaan seminar tersebut dengan sedikit pergerakan yang membuatkan aku yang lemah menjadi cergas tersenyum sendiri.  Bila sudah mula ceramah, aku mula tidak larat semula, pening dan mengantuk, akhirnya aku lena dibuai mimpi sendiri.  Apa yang aku dapat dalam seminar ini ialah
1. Bersyukur.  Setiap hari berapa kali kita bersyukur?  Alhamdulillah.
2. Solat. Aku tidak memberi rezeki kepadamu malah Aku lah yang memberi rezeki kepadamu.
3. Bersedekah.  Bagi aku yang sentiasa meletakkan diri sentiasa rasa tidak cukup, maka bersedekah membuka pintu rezeki buat aku.
3 perkara ini aku dapat tangkap walaupun tidak sihat sebab bagi aku 3 perkara ini perkara sama yang disaran dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki.  Aku baru saja khatam buku itu.
Dalam dunia aku sekarang, motivasi sangat penting.

Oh ya! Kesihatan juga rezeki ya.  Ketika rezeki kesihatan aku ditarik, aku terasa hikmahnya, aku sangat bersyukur selama ini diberikan kesihatan yang baik.  Semoga kesihatan kita sentiasa dalam keadaan yang gemilang.  Entri akan datang, aku akan cerita tentang denggi. 

Salam bertemu lagi.

Shah Iza Shahdan - Pengedar Shaklee [ID: 913771]
017-7807014
 

Tiada ulasan: