24 Februari 2011

Part 2..Kelahiran Aisy Hafiy

Dalam pukul 7 lebih tu aku pun masuk wad 4A Kelas 2.  Ada 6 katil, tapi aku berdua je ngan pesakit lain tu.  Aku memang tak berniat pun nak tukar baju pink tu.  Niat nak balik masih menebal. Masih pujuk suami lagi.  Lepas tu atendan datang terangkan prosedur di hospital.  Acuh dan tidak je aku.  Diorang suruh tukar baju. Husband pun suruh. Haih... 'Nanti la'.  Husband tanya nak bawa apa, guard datang.  Nasib dia faham yang aku baru masuk.  Jam 8 lebih baru suami pulang untuk bawa apa yang patut.  Masa tunggu tu terpaksa la jugak tukar baju merah jambu tu bila nurse datang cek tekanan darah.  Tunggu suami datang bawa makanan je da rasa berjam lama.  Sempat la aku snap diri.  *Takde mood nak senyum sebab NAK BALIK!!
 Sambil tu hilangkan kebosanan dengan borak dengan member sebilik, tengok tv, dengar kes-kes ibu mengandung yang lain.  Huh! tetap bosan.  Bila suami datang, wah banyak rupanya yang aku pesan.  Hahaha. Taknak duduk hospital tapi pesan barang macam nak duduk seminggu. Kesian lakiku. Patut la lama pun.  Dengan nak shopping mencari barang lagi, tapau makanan lagi.  Hehe. 
Lepas makan, suami pun balik.  Baru sampai di bilik, nurse maklum suruh berkumpul di satu bilik.  Bila sampai, rupanya seluk lagi.  Doktor Perempuan Melayu kecil molek orangnya tapi sakit berbanding doktor-doktor laki tu.  Menahan je lah malam tu.  Malam di hospital memang tidak indah seperti disangkakan.  Susah sangat nak lelapkan mata.  Bila ada rasa nak lelapkan mata, datang lagi cek tekanan darah dan kontraksi.  Lepas tu baru nak nyenyak jam 7 kena kejut lagi untuk seluk lagi.  Kali ni memang setan la.  Doktor Cina Lelaki, kalau perempuan tu ada minta maaf dulu sebelum nak seluk, yang doktor ni direct jolok je. 'Masuk labour room' '3cm' tu antara yang aku dengar.  Sakit campur keliru.  Kenapa 3cm lagi tapi dah nak masuk labour room.  Nak tanya tapi beratur lagi yang dia nak layan.  Bila tanya kat nurse, nurse tanya aku balik, 'Doktor tak bagitau kenapa ke?' Hampeh..

Sampai bilik, nurse datang pesan suruh siap apa yang patut dan makan.  Labour room tengah ada kosong katanya.  Time makan nurse datang lagi siap sediakan barang-barang keperluan baby dan lain-lain bag diambil untuk disimpan. Lepas makan aku mandi.  Aku siap amalkan petua org tua2 yang suh basuh rambut sambil berdoa semoga kelahiran aku nanti lancar seperti air yang lalu di rambutku sambil minum air tu..huhu..tengah2 bogel, nurse ketuk dan suruh aku cepat, aku rasa aku da sahut, tapi blh pula nurse tu buka pintu bilik air..tak sangka yang pintu tu rosak..hampeh..pepagi lihat aku beraksi seksi lew dia..kelam kelibut tol..huhu..

Lepas mandi nurse datang lagi tanya aku da siap ke belum, mana suami.  Siap ambil handfon aku kat beg yg disiapkan tadi untuk senang kol suamiku.  Kemudian aku di bawa menaiki kerusi roda ke bilik bersalin.  Time tu la baru terserempak dengan suami.  Masa masuk cam dengar ada suara sumbang cakap aku  patient pertama yang masuk bilik bersalin pagi tu.  Aku dimasukkan di bilik no 14.  Biasa aku dengar orang cakap 'dewan bersalin' jadi bila masuk aku rasa tertanya-tanya..'ni ke dewan, tak macam dewan pun. atau tempat sementara'.  Semua benda aku pandang tapi bila tengok ada tempat letak baby jadi aku rasa betulla yg hari bersejarah aku disitu.

Nurse cek yg aku da 4cm tp mcm teragak, panggil nurse lain  utk confirm..masa ni byk kali la seluk kan..da tak terkira..huhu..aku da nervous. dorang tak tahu nak wat keputusan sama ada nak pecah ketuban ke tak..aku tak sedar pun bila diorang pecahkan tapi aku tahu bila aku minta ke tandas untuk membuang, dia kata dia da buang air, mungkin rasa sebab air ketuban katanya, kata nurse cina. Aku kata aku ada rasa nak berak, dia kata buang je kat situ...siyes aku terpaksa membuang kat situ dan rasa sangat malu..Aku minta nurse tukarkan sebab tak selesa..bila da tukar pun aku still rasa tak selesa, rasa basah je..tapi terpaksa biar dan taknak banyak songeh.  Erm berbalik pada nervous tu baru aku teringat di telefon ada ayat surah yang dipesan oleh sue utk di baca tapi aku minta suami ambil surah di bag yang diberi oleh kak yanti. Senang baca sebab gunakan kertas.  Aku amalkan baca itu. Sambil2 tu maklum dengan sms pada sesiapa yang sepatutnya serta minta maaf pada mama.  Tak putus-putus aku baca surah tu. 
Bilik bersalin aku tu macam stor pun ada. Macam2 orang masuk untuk ambil alatan seperti sarung tangan yang tiada saiz di bilik lain. Itu la kata suamiku. Waktu awal masuk lagi suamiku da kesejukan tapi aku pula rasa panas, haus. 2 kali aku minta air suam untuk minum. He. Jam pukul 10 aku masih tak rasa sangat. Nurse kata nak letak ubat sbb aku tak sakit, aku ckp aku sakit. Dia tanya sakit kat mana. Kat perut. Dia kata tu bukan. Dia masukkan ubat kat tangan aku.  Lepas masuk tu, tuhan je tahu sakitnya. Bkn 5 minit sekali aku rasa.  Lebih! Bila aku nak diinject di buntut, nurse bagitahu aku hypercontraction, so diorg nk bagi aku ubat tdo untuk kurangkan...ngantok mmg ngantok tp aku tak rasa kurang..rasa hyper gak...kalo sakit datang tuhan saje tahu.. Menahan je lah. Saat tu duk dengar lepas sorang, sorang meraung...haih tuhan je tahu hati aku..[ni lah bilik bersalin @stor aku]
Tepat jam 1 petang, doktor sampai dan terangkan cara meneran. Kemudian, aku teran seperti diajar.  Ayat yang aku dengar, terutama dari Kak Lam, nurse Cina yang sentiasa manis senyuman dia ialah 'pandainya dia teran' 'senyap je' 'da nampak kepala, teran lagi' Tetiba aku benti teran. Sebab aku nak kumpul kekuatan sbb aku rasa kepala kat pintu rahim je.. Kak lam tanya, 'Kenapa berhenti?'. Dlm hati, dia marah ke? Tapi dengan senyuman manis, Kak Lam jawap sendiri 'Owh da tak sakit ye, kita tunggu sakit ye'. Aku angguk. Betul gak tu..sebab dari awal, diorang tunggu aku sakit gak. he. Kak Lam sambung, 'Ha, da sakit kan.' 'Ha, aah' Padahal belum nk bape sakit..he..tapi bila sakit je terus teran dan keluarlah hasil cinta kami. 
Kak lam, 'Bagi baby kat dia'.  Doktor letak baby kat dada aku lepas pusat di potong.  Aku kelu. Tiada reaksi. Kak Lam 'Baby laki ke pempuan?' 'Boy'...Berderai ketawa dorang. Aku kelu masih melihat bayi. Nurse minta suami keluar.  Baby diambil untuk diperiksa. 'Bersih baby ni'. Lap sikit2, timbang dan ukur.  Doktor 'Saya jahit ya'. 'Banyak ke doktor?' ' banyak juga la, saya gunting tadi' 'Hah? ye ke..tak perasan pun..sakit?ntah la, aku just tgk bby..bayi yang ditunggu2..alhamdulillah rezeki dari tuhan.

2 ulasan:

cujen berkata...

baca cerita ko ni macam mudah je bersalin kan? harap2 aku mcm tu nanti

dibiuscinta berkata...

alhamdulillah..tp sakit kontraksi tu..haih..rasa takda sape dpt elak la..sekejap ngan lama je r..hehe..arap ko pun senang nnt..