24 Disember 2009

Imbas Cerita Indah Lalu.

Salam kepada blogger yang sudi menjengah ke blog aku ini.

Aku tidak lagi berblogging di pejabat.  Tempat cari makan aku bukan lagi di Kementerian Kewangan, Putrajaya (MoF).  25 November aku terima surat penempatan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat JB tapi suratan tidak tertulis untuk aku di situ. Disember adalah lembaran baru buat aku. Disember adalah pra perubahan aku untuk menghadapi 2010 yang lebih mencabar. Mencabar kerana aku berhijrah mencari nafkah halal di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.  Baru hari ini penempatan aku ditetapkan dan aku diberitahu. Januari 2010 adalah permulaan bekerja. Sungguh baru beberapa hari di sini, belajar di Kamar Hakim Kanan memberi aku seciput pengalaman yang sangat berharga yang aku tidak dapat di MoF. Bak kata pepatah 'jauh berjalan luas pandangan'. Banyak perbezaan besar persekitaran tempat kerja. Kemaskini blog aku yang akan datang pasti akan menceritakan lagi serba sedikit.


Sebelum aku dapat pindah, aku dan Ema tinggal sebulan di rumah kuarters rakan sepejabat, Akma. Akma ni mengandung 7 bulan, Ema pulak mengandung 5 bulan. Suami Akma kursus sebulan di PD. Ema pula seperti aku PJJ dengan suami. Seronok tinggal dengan mereka. Kami seperti saling memahami. Susah nak cari rakan yang sekepala dengan kita. Jadi hari-hari terakhir, aku belanja mereka makan bersama di tempat yang Ema cadangkan. Kebetulan pula, aku baru saja terima APC. APC bagi aku bukanlah untuk diri aku saja. Rezeki itu patut dikongsi bersama. Jadi makan malam itu juga indah rasanya dengan suasana yang lain dari yang lain. Kami pilih tempat duduk bersila ala Jepun gitu.

Hari-hari terakhir di pejabat buat aku syahdu juga. Mana tidaknya, 5 tahun setengah di sana buat aku terasa sangat sayang pada segalanya di MoF. MoF lah perintis tempat kerja aku. Biarlah kalau rakan tidak berapa menghargai aku, aku tak nak ambil tahu sangat pasal itu, Apa yang pasti aku nak  buat hari perpisahan aku indah. Mengajak rakan-rakan pejabat makan ramai-ramai adalah sangat indah buat aku. Bukan senang aku mahu belanja rakan-rakan ini. Asalnya aku nak makan di luar tapi tidak dipersetujui rakan. Tapi akhirnya aku puas juga makan di pejabat kerana lebih ramai aku boleh ajak makan bersama. Ada juga sedikit terkilan kerana aku buat waktu hari sebelum cuti Raya Haji, ramai rakan yang tiada disebabkan telah bercuti. Tapi tidak apa, mungkin itu sahaja rezeki untuk aku berkongsi sama.


Aku mahu berbalik pada pra persediaan 2010. Perpindahan tersebut juga memerlukan aku membuat persediaan hidup berumah tangga. Hidup bersama suami, ibu mentua dan 3 adik ipar lelaki. Sungguh aku kalah dalam persediaan ini. Aku lemah. Kenapa? Kerana pra persediaan aku yang ketiga.


Aku menghidap penyakit buatan orang.  Ya, alhamdulillah. Tuhan kirim 'turn' buat aku dan suami pula. Sungguh Tuhan sayang kami. Minggu itu aku dapati aku tidak datang haid. Tapi sejujurnya, Tuhan beri semasa aku sudah putus harap. Aku tidak terlalu teruja  menjangkakan yang aku mengandung. Semasa aku perlu bertukar, suami datang bukan saja untuk membantu malah ada agenda lain.  Sepanjang bulan itu aku cuma fikir tidak mahu tekanan, aku mahu kebahagiaan, kegembiraan dan atas sebab itu, aku selalu memikirkan tempat percutian. Aku berfikir untuk  bercuti berdua, tertunai semasa ke PD. Kemudian, merancang untuk bercuti bersama rakan-rakan sekampung. Tanggal 27 November masa kebanyakkan menyambut Raya Haji tapi aku telah merancang percutian bersama rakan-rakan di Teluk Batik. Itulah agenda kami. Jangka rakan-rakanku percutian itu sempena bulan madu kami.

Kami buat barbeque malam tu. Masa cari barang, aku dan suami ambil kesempatan cari pregnancy test kid. Petang tu jugak aku cek, alhamdulillah. Tengah malam tu, sebelum tidur aku dan rakan-rakan borak panjang. Suami aku dah tidur, kepenatan dek memandu. Sempat aku kirimkan khabar berita buat mereka. Sebab mereka juga orang-orang yang terpenting dalam hidup aku. Sentiasa ada waktu susah senang aku.


Apa yang kelakar adalah untuk beritahu khabar indah itu kepada mak kandung aku sendiri. Susahnya nak buat ibu tersayang percaya. Katanya, setiap bulan dia melihat aku memakai kotex. Mungkin dia tidak teringat yang selama sebulan aku tidak berjumpa dengannya sebab menetap di rumah Akma. Tapi alhamdulillah, lama-lama dia percaya juga. Sebelum bertolak ke Johor Bahru sempat juga aku mengajak keluarga makan beramai-ramai. Sebenarnya, aku cadang untuk makan beramai-ramai sejak lepas kahwin lagi, menghargai kudrat mereka bersusah payah membantu majlis perkahwinan aku. Alhamdulillah, tertunai juga akhirnya. Destinasi? Jonnys' di Jaya Jusco Bukit Raja. Macam-macam mereka order, katanya bukan senang hendak aku belanja. Tapi aku tak kisah pun, aku puas!

Semoga 2010, segalanya berjalan dengan lancar hendakNya.

p/s: ada satu lagi percutian yang dirancang. Harap dinikmati dengan indah. Amin.


4 ulasan:

cujern berkata...

waaa...lama tak update...sekali macam2 citer ek..anyway, tahniah!!

nadirah berkata...

tahniah iza!!!
alhamdulillah. aku tumpang bahagia & gembira!!!

fida berkata...

tahniah iza....alhamdulillah.doakan untuk aku lepas ni.amin..

Unknown berkata...

bace entry ko kali ni buat aku sebak daa..apepun tahniah sbb pregnant suda..tahniah sbb naik pangkat..tahniah sbb dah x payah nak PJJ..wpun ko belanje mase org cuti raye haji aku adelah sgt berbesar hati sbb boleh melantak byk..sugguh lah terima kasih..