09 Ogos 2011

Bonus Raya

Alhamdulillah setelah 2 tahun menerima wang Ikhsan [selalu dengar pun sedih walaupun berita gembira ;) hiks!] akhirnya kerajaan memberi bonus setengah bulan!!!  Dapat pada pertengahan bulan ini..


yabedabedu!!!


Hampir kebanyakkan yang aku dengar mahu tidak menyokong PM sekiranya tahun ini juga tidak diberi bonus sebab PM lebih pada 'golongan' tertentu sahaja tapi mungkin berpaling semula selepas dengar khabar berita ini.


HotFM mengutarakan tajuk 'Bonus Raya Aku Punya' tapi bagi aku bonus raya bukan milik aku sepenuhnya.  Bonus raya aku dapat milik Perodua, milik PluS dan seangkatan, milik tailor, milik Pasaraya, milik anak-anak yang masih kecil dan bersekolah.  Tolak semua mungkin kosong untuk aku. Tapi tak apa, hasilnya gembira berhari raya.  Ye tak pak nye? he


Oleh itu selamat berhoyeh semua!!



01 Ogos 2011

Selamat puasa &Teaser Kuching

Sekarang hampir jam 3.  Masih di rumah mak mentua.  Keluar dari rumah tadi dalam tengah hari.  Yang lain-lain sudah bersahur di luar jam 1 lebih tadi. Bersahur di Pasar Borong.  Aku tak pergi sebab Aisy tidur.  Malas nak ganggu tidur dia.  Minta suami tapau saja.

Rindu nak puasa.  Tahun lepas tak puasa.  Rindunya.  Tak dapat penuh pun tak apalah, cik P sudah mula datang bulan lepas.  Kalau boleh nak rasa  nikmat bertarawih juga.  Lamanya tak buat.  Last masa bujang.  Anak dah  besar sikit ni rasanya boleh dah kot.  Hari ini bukan rezeki aku bertarawih.


Rakan blog, maaf sekiranya ada salah silap ye.


Alhamdulillah aku da selamat sampai dari Kuching semalam.  Jadi satu ini sebagai teaser.  Yang lain tunggu adik aku upload.  Sebab guna kamera dia.



Seronok sangat dapat bercuti dengan family.  Balik je sedih.  Fikir lama lagi nak jumpa.  Semoga ada lagi percutian dengan family tahun depan. Ini sajalah cara mengeratkan lagi silaturahim.