01 Ogos 2011

Selamat puasa &Teaser Kuching

Sekarang hampir jam 3.  Masih di rumah mak mentua.  Keluar dari rumah tadi dalam tengah hari.  Yang lain-lain sudah bersahur di luar jam 1 lebih tadi. Bersahur di Pasar Borong.  Aku tak pergi sebab Aisy tidur.  Malas nak ganggu tidur dia.  Minta suami tapau saja.

Rindu nak puasa.  Tahun lepas tak puasa.  Rindunya.  Tak dapat penuh pun tak apalah, cik P sudah mula datang bulan lepas.  Kalau boleh nak rasa  nikmat bertarawih juga.  Lamanya tak buat.  Last masa bujang.  Anak dah  besar sikit ni rasanya boleh dah kot.  Hari ini bukan rezeki aku bertarawih.


Rakan blog, maaf sekiranya ada salah silap ye.


Alhamdulillah aku da selamat sampai dari Kuching semalam.  Jadi satu ini sebagai teaser.  Yang lain tunggu adik aku upload.  Sebab guna kamera dia.



Seronok sangat dapat bercuti dengan family.  Balik je sedih.  Fikir lama lagi nak jumpa.  Semoga ada lagi percutian dengan family tahun depan. Ini sajalah cara mengeratkan lagi silaturahim.






1 ulasan:

♥ EeiNz ♥ berkata...

besnye jalan2. kin x lepas lagi gi sana...