27 Oktober 2011

Gelagat Aisy bangun pagi 27.10.2010

Assalamualaikum kawan-kawan.
Berbulan sudah menyepi.
Banyak cerita tapi tiada masa.
Fokus pada kerja. Di ofis.

Di rumah sudah penat tambah layan kerenah Aisy yang semakin nakal dan mencuit hati lagi.
Hari ini yang buat nak tulis pun sebab budak comel itu.

Budak comel ni biasa bangun awal sama dengan ibu, kadang penat sangat tak sedar. Kadang sedar tapi lepas nyusu tidur balik.  Ikut suka dialah.  Tak boleh ramal.

Tapi kalau dia  tidur, sejak setahun lebih aku sudah malas nak kejutkan untuk bawa ke pengasuh.
Biar dia jaga dan ayah dia saja yang hantar.
Aisy lagi suka naik motor lagi pun.
He.
Sebenarnya kesian nak kejutkan.
Sebelum ni pun terpaksa kejut sebab takkan lah ayah nak kendong dia naik motor kan.

Ops bukan itu nak cerita pun.

#Cerita 1.

Biasa dalam jam 10 pagi dan ke atas aku akan telefon ayah tanya sudah hantar Aisy ke belum.
Soalan yang ditanya Aisy bangun menangis tak.
Pukul berapa hantar.

Jawapan ayah hari ini berbeza.
Ayah kata mula ada nangis tapi kejap saja dan tidur balik.
Lepas itu ayah cerita bila ayah sedar Aisy sedang duduk dalam pelampung / boya sambil tengok tv cerita kartun!!!!!!
Teruja aku dengar ok.
Kalau dapat tengok mahu kena gomol dia nih.
Haih! Kecewa bila ayah tak ambil gambar =(


Pandai pulak dia buka cerita kegemaran. Rasa nak tersenyum je dengar dan kalau ingat balik.

Ibu sayang Aisy.

Perangai terbaru suka
- cakap Dah Dah, Nak, Nah, Bah..

#Cerita 2.

Pernah sekali pergi rumah mentua. 
Atuk depan rumah panggil ayah.
Bila Aisy nampak ayah dia jalan.
Cepat-cepat dia keluar rumah.
Bila ayah dah jauh dia jerit kuat-kuat.
Panggil Baaaahhhhhhhhhhhh...
AAAAAAAbbbbbbbaaaaahhhhhhh!!!!!!!!!
BBBaaaaaaahhhhhhhhhh!!!
Banyak-banyak kali dengan kuat dan suara garau dia..sungguh terharu aku dengar.
Rasa nak nangis pun ada.
Anak ibu sudah besar.
Comel-comel perangai dia.
Memang kena cium dengan ibu la waktu itu tapi apa dihiraunya.
Dipanggil-panggil lagi ayah.
Mungkin marah sebab ayah tak bawa berjalan.
Kuat berjalan si kecil ni macam ayah dia. (Ahaks!)




1 ulasan:

aziyana berkata...

kan? rase mcm nk cium nk gomol kalau anak pandai something..mcm ni la mak