26 Jun 2018

Reborn

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya semua.

Hampir 3 tahun tak berblogging. Banyak sangat cerita suka duka. Kalau taip mahu jadi novel, dapat juga duit ya. Memandangkan aku tidak pakar dalam berpuitis bercerita jadi abaikan saja. Aku hendak hidup ceria dalam dunia aku sekarang. Berblog cuma untuk kongsi momen diri dan anak-anak.

Alhamdulillah, diringkaskan cerita Sha kini berstatus ibu tunggal. Ya, Sha lebih suka guna word single dari Miss J. Sebab Sha tak suka tanggapan buruk orang terhadap Miss J. Sedangkan jodoh Sha tamat sebab seorang single tapi apapun Sha lebih pilih untuk mengatakan Sha cuma berjodoh setakat 4/11/2014. Alhamdulillah anak 3 sudah. Yang terakhir anak perempuan umur 3 tahun 3 bulan sekarang.  Besar sudah.  Bayangkan Sha single masa anak dalam perut 5 bulan, Sha sendiri tak sangka macam mana Sha boleh hadap semua dugaan.  Benarlah Tuhan kata, dia uji makhluk berdasarkan apa yang mampu kita hadapi.

Sha hadap dunia single seorang sampai hendak bersalin baru beritahu family sendiri.  Itupun berharap mereka tak beritahu siapa-siapa lagi.  Sha cuma beritahu teman rapat termasuk seorang rakan pejabat saja selepas itu.

Alhamdulillah menghadap dunia bujang seorang diri di Johor sehinggalah Sha dapat pindah di Klang.  Masa nak pindah barulah beritahu siapa-siapa yang tanya berkenaan isu suami.  Ya, I am divorced.  3 tahun lebih di Johor seorang drive ulang alik balik kampung sambil dukungkan anak sebab susukan anak dalam perjalanan.  Subhanallah.  Allah yang bagi semua kekuatan. Tiada daya dan kudrat melainkan kerana Allah.

Sha tak berniat nak ceritakan apa kesusahan yang Sha alami selama ini pun sebab selama ini pun Sha banyak susah seorang.  Family dan teman rapat saja yang Sha mengadu sebab Sha tahu ada masa orang suka dan ada masa orang benci bila kita rasa kita lemah.  Jadi jangan tunjukkan kelemahan kita.  Yang senasib, be strong.  Masa Sha down pun Sha cuba cari grup ibu tunggal malangnya tak jumpa.

Bila tak jumpa Sha tahu Allah nak Sha cuma mengadu lebih dengan dia.  Alhamdulillah...

 Oh ya, kenapa bahasakan diri Sha sedangkan selama ini beraku dalam blog.  Sejujurnya membahasakan diri sebagai aku rasa diri sangat dekat untuk bercerita apa saja dari hati tapi kali ini sejak tukar di Klang aku rindukan diri aku yang sangat bahagia semasa di SMKTPG.  Masa itu kawan-kawan panggil Sha.  Bila kerja bos panggil Sha pun rasa lain.  Rasa happy.  Jadi di Mahkamah Klang perkenalkan diri sebagai Sha.  I just want to reborn, to be happy.  So called me Sha k! Hehe.

Wokeh, jumpa next entry..daaaa...

03 Februari 2015

10 sebab kalsium penting utk ibu hamil;

Iza teruja hendak share tentang info ini sebab iza pun sedang mengandung.
10 sebab kalsium penting utk ibu hamil;

1) untuk kekuatan tulang sebab hendak menanggung berat bayi secara fizikal
2) pembekuan darah
3) menstabilkan transmisi impuls saraf
4) merehatkan otot sewaktu berlaku kontraksi
5) mengelakkan kekejangan ketika proses bersalin
6) kalsium yang sedia ada daripada ibu akan diserap bayi semasa ia membesar terutama dalam pembentukkan tulang
7) kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu hilang gigi ketika usia muda
8) walaupun menyusu, ibu perlu teruskan kalsium..bukan berhenti dari ambil kalsium..bagi mengekalkan kadar kalsium dalam badan
9) merehatkan otot yang mengecut semula ketika haid
10) ibu hamil risiko utk osteoporosis jika gagal ambil kalsium

Bulan ini ada promo Ostematrix beli 6 percuma 1, sebotol tahan sebulan..jom rebut untuk 7 bulan sepanjang mengandung dan menyusu..

Dapatkan dari iza ya, hubungi 0177807014
Efektif Supervisor February 2015

18 September 2014

~Cerita Jumpa Doktor 15 & 18.09.2014~

Assalamualaikum..

Cerita 15.09.2014:

Balik kerja singgah Klinik Kesihatan Mahmoodiah seperti yang dikatakan dalam post lalu.  Dapat 4 ubat.  Doktor tukar ubat antibiotik lain.  Tak kose nak makan dah.  Satu hari kerja terkeruk-keruk macam monyet.  Balik rasa hendak demam dibuatnya.  Makan pun tak lalu.  Malam encik suami buat bubur kasi perut beralas.  Nasib baik esoknya cuti.  Tapi malam 16hb itu tidak tahu hendak makan apa, takut gatal.  Almaklumlah ini pengalaman pertama aku gatal satu badan.  Sebab ubat pula tu.  Mencik!  Encik suami kata makan maggi sajalah.  Ok, awak masak.  Dia beli maggi tomyam.  Masa hendak makan itu nampak udang, makan maggi tapi tak makan udang.  Hamik, satu malam tak boleh tidur, gatal, apa lagi terpaksa juga telan ubat selesema/gatal yang doktor bagi.  Terlajak tidur.  Pergi je kerja, lantaklah lambat.  Sudah biasa lambat pun kan.


Cerita 18.09.2014:


Hari ini jumpa doktor, appointment di Klinik Kesihatan Mahmoodiah.  Awal tahu datang kerja semangat hendak tengok baby dalam tummy.  Lepas thumb print, buka ofis, ambil toner sebab lepas jumpa doktor hendak pergi Mahkamah Ayer Molek ambil barang di stor.  Terus gerak ke Klinik Mahmoodiah.  Ambil nombor, ekh daftar pun kena bayar singgit, appointment kot.  Tunggu doktor bilik 17.  Aku pesakit pertama tapi lama juga tunggu dipanggil.  Bagitahu doktor alahan ubat, sudah jumpa doktor lain dan ganti antibiotik lain tapi tak nak makan.  Takut.  Doktor kata jangan takut, bukan semua ubat kita alah.  Dalam hati tidak apalah doktor, tidak sanggup lagi hendak memperjudikan diri sendiri dengan try n error alahan ubat antibiotik yang mana alergi mana tidak.  Huhu.

Bila hendak scan, da letak cecair itu, doktor tunjuk kepala, "Saya ukur dulu ye satu-satu, nanti saya bagitahu" sekali.....crek, keluar tak sampai separuh je.  Kertas habis.  Baik doktor India ini, dia yang mencari kertas itu, dia call jururawat lain minta tolong cari, dia cari cara macam mana hendak pasang, dia juga jumpa sendiri kertas itu.  Nurse KD Abdul Samad membontot saja.  Tolong sikit-sikit.  Semua itu makan masa lama, sampai encik suami tertidur di luar.  Doktor, "Agaknya patient lain dekat luar mesti ingat kenapa dengan patient pertama ini, tak siap-siap" Hahaha.  Tergelak aku.  Betul juga itu.  Macam banyak sangat hendak cek aku ini sampai lama sangat.  Sabar sajalah.  Padahal penerangan ambil masa sekejap sahaja.  Oh ya, doktor jangka lahir 6.3.2015, lewat 6 hari.  Hehe.  Seperti yang dijangkakan.  Anak-anak ibu semua overdue nampaknya ya..

Yang super cute bila doktor tunjuk semua anggota baby tengah menendang-nendang, memang ada panjang ruang untuk kaki dia melunjur, aku tak rasa pun tendangan itu lagi.  Doktor cakap, tulang belakang normal, lurus, kaki pun okay, kalau cacat macam ini doktor kata, alhamdulillah!!!! syukur sayang, biarlah ibu terima sakit, tapi bukan kamu, damailah dalam perut ibu ya sayang.. Semoga kamu lahir dalam keadaan sihat sempurna dan comel..

OKlah, hari ini Khamis, balik awal.  Sudah hendak masuk jam 4.  Ayah on the way.  Patut balik 3.30pm.  Tak apalah, ganti ibu selalu lewat datang.







Shah Iza Shahdan 
Pengedar Shaklee [ID: 913771] 
017-7807014

15 September 2014

Antibiotik dan gatal satu badan!!!

Assalamualaikum...

Ikut hati rasa hendak menjerit, melolong, memekik...Satu badan gatal-gatal, merah-merah.  Semalam aku demam hari kedua, kebetulan semalam tarikh check up.  Jadi, pergilah boleh minta MC juga.  Nasib dapat.

Masuk-masuk doktor tanya boleh tidak datang jumpa dia hari Khamis sebab scanner kat situ katanya tidak boleh ukur janin.  Pulak.  Berapa kali hendak datang.  Terpaksa la cakap boleh kan.

Bila cakap boleh, doktor tulis sikit dan sign.  Ekh senang kerja, apa lagi memang niat hendak mengadu domba. Makanya bagitahu lah doktor yang ada "guli" dekat bawah telinga aku..Dia kata takut ada infection kot.  Makanya dia bagi aku ubat antibiotik, ngadu demam dapat paracetamol, ngadu buasir, dapat ubat roket (siapa buasir tahulah) dan ubat cairkan najis.  Hamik.

Dari dalam bilik doktor lagi, doktor suruh ambil ubat-ubat mana tak da, ganti lain, ubat sapu je takda dia suruh ambil dekat Mahmoodiah nanti.  Ubat sapu itu untuk dagu aku ini, asalnya jerawat, aku duk picit-picit membeso jadi nanah. Tapi da kurang sikit sebab aku da mengurangkan aktiviti mengopek luka nanah tu dan letak Herbal Blend Shaklee.

Lepas jumpa doktor, ambil darah, perut aku memang kosong masa ini sebab tidak lalu makan.  Demam la kan.  Makanya bila ambil je da mula loya.  Nurse kata da lapar ini, nanti jangan ambil susu ye, tak elok untuk perut kosong.  Makan sikit-sikit tau.  Ajak asben keluar cepat sebab rasa nak muntah, duk tahan-tahan tarik nafas, tak nak fikir, adei, termuntah juga sebelum keluar pagar (rumput).  Hadoi..

Lepas itu balik dalam perjalanan cari roti, ikut pesan nurse.  Pastu terus singgah umah mentua.  Dia orang nak g hantar anak buah kawen belah laki kat Kota Masai.  Kitorang memang da siap bawa baju.    Badan da lembik memang rasa tak nak pergi, ada kawan adik pun cakap tak nak pergi, jadi cakap dengan suami tak nak pergi juga.  Dia macam tak kasi je.  Senyap je lah. Sempat lah tidur sekejap kat rumah mentua.  Bila jaga, terasa sakit pinggang tidur dekat karpet je. Bersiap tukar baju je, malas nak mekap, takda mood.

Pergi kenduri, boleh pula pengapit cakap dengan kompang, gerak jauh sikit, tak mencabar dekat sangat katanya, adoi badan da la tak larat, makanya aku duk tepi depan dewan je.  Haha.  Iring dari situ.  Jadilah.

Lepas makan, tunggu lama sangat, pengantin bergambar sume, tukar baju hendak potong kek, minta la encik suami ambil ubat kat dalam kereta.  Makan ubat demam dengan antibiotik.  Pergh baru buka je da bau kebusukan antibiotik tu, bila telan lagi lah tidak ingat dia punya busuk, rasa hendak termuntah.  Nasib dapat tahan, kalau tidak mana nak letak muka dekat situ.

 Masa kenduri itu, emak pengantin (kakak tiri encik suami) ajak jalan ke Tanjung Puteri, dalam hati aku, ah sudah aku dah la tidak sihat.  Alhamdulillah, lepas makan ubat itu rasa berpeluh la masa dalam kereta dalam perjalanan hendak ke Tanjung Puteri itu, demam okay sikit. Lepas itu makan dekat Senibong, mak pengantin belanja.  Masih tak lalu lagi.

Malam sampai rumah ingat hendak makan antibiotik itu sebab doktor kata kena makan 4x sehari jangan miss sebab hendak tengok kesan katanya.  Aku pula ingat hendak makan vitamin, especially Ostematrix Shaklee (Kalsium) risau kot terjaga tidur sebab sakit pinggang.  Jadi aku bawa ubat dekat dalam bilik tidur, konon jaga malam makan tapi berapa kali jaga pun tak da hati hendak makan.  Miss! :D


Bangun pagi terkeruk-keruk badan.   Adoi..dekat ofis ini lagi merenyam.  Masa dekat rumah gatal bahagian punggung je.  Dekat office dekat tulang jari ini, lutut, siku paling tak tahan.


Balik ini confirm hendak pergi Klinik Mahmoodiah..sebab buka sampai jam 9 malam.  Tak tahan wooo!!!

Owh ye, aku menggoogle cari keyword cara makan Antibiotik Cloxacillin ini.  Katanya makan sebelum makan (sila klik link itu).  Adoi, sebab tak tahu ke nurse semalam main cakap ha je?  Dan untuk info juga rupanya antibiotik ini sebenarnya bakteria.  Macam hendak nangis je.  Mungkin seumur hidup aku tidak pernah makan antibiotik dan aku alah antibiotik.  

Nah! antara info lain.

- Dr Zubaidi - Mengambil antibiotik ketika hamil (Dalam senarai antibiotik untuk ibu hamil tidak tersenarai pun antibiotik yang aku dapat)


- Kesan sampingan antibiotik pada wanita - ini yang seram baca.  Ada pautan lain juga dekat situ.










Shah Iza Shahdan 
Pengedar Shaklee [ID: 913771] 
017-7807014
 

11 September 2014

~Hamil Anak Ketiga - Genap 16 minggu~

Bismillahhirrahmaanirrahim...

Assalamualaikum

Wah! Tepuk bahu sendiri.  Bukan sebab mengandunglah! Tapi sebab rajin update kat blog sendiri kebelakangan ini...Kahkahkah...

Serius aku rindu zaman berblogging dengan rakan-rakan di Kementerian Kewangan, melihatkan mereka sering berblog, baca blog mereka, buat aku rajin berblog.  Kini, mood berblog kembali.  Mungkin sebab aku rajin baca blogger catatkan susunatur rumah.  Minat ke arah itu sekarang.  Mungkin juga hendak share pengalaman peribadi.  Kalau pasal biz, kena buat research sikit, aku kan "rajin".  Hahaha.  Ini pun hendak tempek gambar tak dapat, makanya baca je lah tulisan aku yang gamaknya memboringkan..hehe..


Owh, berbalik pada tajuk post! Ya, saya ibu mengandung.  Entah kenapa anak ketiga ini macam terima ucapan tahniah aku rasa janggal.  Haha.  Ada sekali terpacul di mulut, "ala, anak ketiga, bukan anak pertama pun", mungkin dalam hati aku orang lebih teruja anak pertama kan.  Maafkan ibu ya, baby dalam perut ibu, ibu bangga punya kamu sekarang.  

Ya, bila mengandung anak ketiga, samalah aku mengandung anak kedua, tiada keterujaan, biasa saja, tiada hendak jaga sangat.  Kalau anak pertama rajin minum susu, anak kedua minum milo saja, sian anak kedua ibu gelap.  Hehe.  Jadi, disebabkan insaf bab itu nanti ibu cari susu kambing ye sayang, lagi terbaik dari anak pertama.

Sepanjang mengandung pun jarang makan vitamin yang dibekalkan.  Bila ingat sahaja, tapi dalam minggu lepas atau minggu ini aku pastikan sebelum tidur, makan vitamin, kesian baby ibu dalam perut.

Masa anak pertama dan kedua, selalu kena kejang otot, orang panggil mengkarung, jadi aku tambah Ostematrix Shaklee di samping vitamin lain yang nurse bekalkan iaitu B complex, Asid Folik dan Vitamin C.  (Masa di KD Plentong tidak pernah dapat bekalan vitamin C). Iron pun dibekalkan tapi sampai sekarang masih tidak berkesempatan makan. Masa mengandung Aisy dan Zahra dua-dua aku ada masalah hb rendah di tengah-tengah mengandung, maksudnya masa awal daftar buku normal, pastu ada, hendak dekat bersalin normal.  Harap-harap tidak makan iron ini Ahad nanti (14/9/2014) jumpa doktor oklah ye.  Kenapa tidak makan?  Sebab nurse suruh ambil sebelum makan.  Lupalah!  

Oh ya, aku sudah buat buku pink pada 24/8/2014 di Klinik Sultan Abdul Samad, Johor Bahru.  Biasa cek up di KD Plentong.  Ramai sangat.  Jadi saja beralih angin sebab pernah tumpang cek Zahra, tengok tidak ramai. Masa itu baru 13 minggu.  Alhamdulillah semua ok.  Cuma masa ambil tekanan darah, tekanan darah aku rendah sangat, 70/40, nurse itu ambil sampai 3 kali baru dapat 90/60.  Dia tidak puas hati.  Masa itu aku memang tengah pening.  Aku datang tidak makan sebab ingatkan sekejap je sebab patient tidak ramai, rupanya lama juga menunggu.  Nurse sini buat dengan slow motion dan tenang, senyuman yang teramat manis, jadi, sabar sajalah.  Masa dia ambil darah aku makan roti, beli dekat situ juga.  

Bila jumpa nurse yang dekat dalam, dia tanya ada ambil vitamin tidak?  Aku cakap tidak.  Sebenarnya stok vitamin Shaklee banyak lagi cuma masa mengandung ini memang tidak ada hati hendak makan, badan melepek saja.  Mana tidaknya, aku mengandung sejak puasa lagi, dari puasa aku sudah tinggalkan Shaklee, kadang saja aku ambil ESP waktu pagi dan malam ambil Ostematrix sebab aku ada masalah penghadaman.  Nurse kata patut sebelum pregnant kena ambil asid folik, dalam hati, ye saya tahu nurse... cuma tidak amalkan saja :P

Aku memang alami masalah sembelit, mana tidaknya malas minum air juga.  Lepas puasa semua malas...macam harem kan?  Tapi hari ini memang nekad hendak back to normal.  Habiskan 2 liter air di pejabat.  Ada seminggu kot tidak membuang ini.  Patutlah perut buncit.  Kalau dulu mengandung 3 bulan perut normal je, tapi ini terasa buncitnya.  Yang best orang duk tegur, "Mengandung ke?  Tapi tidak nampak lagi"  "Badan tidak naik pun" Paling banyak, "Tidak nampak pun"  Aiyooo baru 3 bulan kot, bukan 7 bulan..  Menyesal pula gatal mulut bagitahu kat facebook awal, kalau tetiba nampak perut je baru bagitahu lagi senang kan?  


Ini aku baru lepas search gugel.  Tengok 14 minggu itu tet*k lagi besar dari perut.  Normal okay.  Memang tidak nampak. Tapi aku ini perut dengan tet*k dah sama beso, sebab sudah lama tidak memerut.  Itupun masih kata kecil.  Sedeyyy...


Lepas tepek status 11 minggu itu, ada lah baca artikel yang tidak boleh bagitahu umum selagi belum lepas trimester pertama, oh, baru tahu.  Hahaha.  Lantak lah, aku bukan mengandung anak first, setahu aku jangan bagitahu itu yang anak first, sebab tidak mahu terlalu teruja dan mengharap dan bila berlaku keguguran, ko sendiri menyesal dan malu. kan?


Okaylah, jumpa lagi!

Siapa hendak top up vitamin jangan lupa hubungi ibu mengandung ini tau..  Hahahaha...



Shah Iza Shahdan 
Pengedar Shaklee [ID: 913771] 
017-7807014