31 Disember 2012

Promosi Shaklee Januari 2013 - Beli 6 percuma 1

 Assalamualaikum.

Bulan ni Shaklee buat promo produk ini. Beli 6 percuma 1.  Kalau dah banyak macam tu nak share dengan kawan-kawan pun boleh.  Untuk sendiri pun tak apa, sebab expired lama lagi, 2 tahun lagi. 2014 :P..[walhal esok da 2013]

Apa kebaikan Joint Health Tablet?

 Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan
Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.



 
Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu product semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament.Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix  pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet.

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.

Sumber: Shaklee Phamplet
 
 
Shah Iza Shahdan 
Pengedar Shaklee [No. id: 913771] 
WhatsApp:/SMS: 017-7807014


7 Sebab Mengapa Badan Kita Perlukan Supplemen

1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C & E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan. 

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG. 

7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.



27 Disember 2012

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

 Assalamualaikum.

Ada dua kelebihan menjadi ahli Shaklee iaitu sama ada untuk makan sendiri ataupun untuk menjana pendapatan sampingan.



Makan Sendiri:
* Dapat beli vitamin dengan harga ahli.
* Kumpul points (uv) dan dapat tunai/bonus.
* Promosi berkala seperti yang diumumkan syarikat.
* Berkongsi dengan rakan-rakan keluarga.

 Jana Pendapatan Sampingan:


* Untung runcit.
* Bonus peribadi berdasarkan jualan kumpulan peribadi anda.
* Bonus kepimpinan yang anda terima untuk jualan yang dibuat oleh pemimpin jualan dalam kumpulan tajaan anda sehinga maksimum 6 paras.
* Program intensif istimewa.
* Program subsidi kereta.

* Sekiranya anda rajin berkongsi tentang kebaikan Shaklee, anda boleh mengumpul banyak uv tanpa perlu mencari downline.
* Akan diberi bimbingan dan sokongan secara berterusan.



   
Antara lain kelebihan Shaklee ialah

Anda adalah apa yang anda usaha.  Dalam bisnes Shaklee tidak semestinya upline lebih berjaya dari anda.  Sekiranya anda lebih berusaha dan rezekiNya menyebelahi anda, tidak mustahil anda akan melangkaui upline anda.  Jadi ini adalah MLM yang sangat berdaya saing.



Berminat Menjadi Ahli?
Daftarkan keanggotaan anda dengan saya dengan hanya RM65 atau keahlian percuma dengan pembelian 200points (lebih kurang RM680 untuk semenanjung & RM850 untuk Sabah/Sarawak) dan nikmati pelbagai ganjaran menarik tersebut.


Sekiranya anda tidak berminat ingin menjadi ahli tapi ingin mendapatkan vitamin Shaklee boleh beli melalui saya atau terus ke mana-mana cawangan Shaklee dengan menggunakan id saya 913771 / Shah Iza binti Shahdan bagi mendapatkan penjimatan 15-20%.



26 Disember 2012

Permulaan menyertai Shaklee

  Assalamualaikum.

Kenapa saya menyertai Shaklee?

Asalnya saya ingin mencari kolagen.  Kenapa kolagen? Selepas mengandung dan bersalinkan anak kedua ni, rasa rendah diri tahap dewa.  Perut jadi hitam, ada 'strechmark', segala pelipat semua gelap.  Sendiri tengok pun seram.  Walaupun suami tidak pernah tegur tapi rasa ingin cantik timbul.

Entah macam mana borak dengan kawan, ada pula promosi Shaklee bulan Disember ni untuk kolagen powder.  Beli 6 percuma 1 tapi sayang rupanya kolagen tidak digalakkan untuk wanita mengandung dan menyusukan bayi.


Tapi aku disarankan mengambil ESP dan vitamin E.  ESP bukan sahaja boleh membuatkan kulit cantik, malah boleh menjadi milk booster kepada ibu menyusu.  Saya akan kongsikan kebaikan ESP nanti ye.  Aku selalu lalu kedai/cawangan Shaklee di Taman Molek, Johor Bahru. Jadi alang-alang aku fikir baik aku beli sendiri dari tempah dengan rakan sebab bukan itu sahaja yang aku ambil.  Antara lain ialah Alfafa, vitamin B Kompleks, Vita-lea, Zinc (untuk encik suami), dan Vita-Lea for Children. Hasrat nak beli Vitamin C tapi sudah habis. Re-stock pada April 2013.  Lamanya.

Macam-macam juga faedah menjadi ahli Shaklee. Nak tahu?

Nanti di kemudian hari ye.

22 Disember 2012

Pengedar sah Shaklee






 Assalamualaikum semua.

Saya merupakan pengedar Shaklee.  Tujuan utama saya menjadi pengedar ini adalah untuk memudahkan membeli suplemen untuk diri dan keluarga dengan harga ahli. 

Sekiranya berminat ingin menjadi ahli atau sebaramg pertanyaan bolehlah
WatsApp/line/sms » 017-7807014
fb » iza shahdan






15 Disember 2012

Zahra meniarap

Alhamdulillah anak ibu sudah berjaya meniarap.

Biasanya kalau nampak macam ini, aku tidak percaya dan tertanya sendiri betul ke..entah2 aisy yang tolak tapi tadi aisy di dapur dengan aku.

Bila dengar zahra merengek, aku ke depan tengok sudah meniarap.

Semoga anak ibu terus membesar dengan jayanya. Amin.


31 Oktober 2012

Pengalaman Bersalin Anak Kedua ~ Nur Zahra Aisyah Binti Mohd Izzul Hasmi ~

Alhamdulillah hari ini sudah 54 hari umur anakku Nur Zahra Aisyah binti Mohd Izzul Hasmi.  Bermaksud sudah 54 hari juga aku selamat bersalin.

Menceritakan tentang bersalin, aku lewat 8 hari dari tarikh jangkaan bersalin (EDD) mengikut kalendar pada 30 Ogos 2012. Aku bagi tarikh hari pertama haid yang diminta jururawat seperti biasa.  Kalau ikutkan scan doktor swasta menjangkakan aku bersalin pada 6.9.2012.  Jadi jangkaan bersalin mengikut scan hampir tepat.  Aku bersalin pada 7.9.2012 (Jumaat) jam 00:44 (12.44 pagi @ tengah malam).   Sudah 2 anak aku lewat macam ini.  Mungkin bila ada rezeki nombor 3 aku akan bagi tarikh hari pertama lepas habis haid pula.  Seksa rasanya menunggu.  Tertekan. Cuti lama terbuang saja. Mungkin juga hikmah dan rahmatNya mahukan aku berehat.


Ceritakan tentang rahmat ada 3 keinginanku Tuhan makbulkan dalam kelahiran ini.

Pertama, aku dapat anak perempuan, bermakna aku sudah ada sepasang anak. Kalau mahu berhenti sekejap atau jarak pun tidak mengapa.

Kedua, aku memang mula-mula berdoa ingin anak aku lahir pada Jumaat, jadi bila orang kata moga aku dapat anak pada hari Merdeka aku sentiasa Aminkan sebab pada hari itu hari Jumaat.  Penghulu segala hari.  Semoga anak yang lahir menjadi yang solehah dan baik belaka.  Amin.


Ketiga pula aku juga berangan kalau boleh anak ini lahir di Putrajaya sempena permulaan kerjaya aku sehinggalah genap 5 tahun di sana.

Alhamdulillah, ketiga-tiga tercapai.

Detik-detik sakit bersalin pula pada 6 September 2012.  Waktu itu, jam 5 pagi lebih aku terjaga dan ke tandas untuk membuang air.  Ada keluar tanda darah. Sakit sikit-sikit saja lepas itu.  Kejap ada kejap hilang.  Jadi aku malas layankan.  Aku taknak cepat sangat pergi.  Malas nak duduk hospital lama-lama macam pengalaman dulu.  Tak kuasa nak menginap percuma di hospital.  Kali ini mama aku nasihat macam mana pun aku buat tak tahu.  

Masa 5 September 2012 sebenarnya aku sudah ke hospital Putrajaya seperti dinasihatkan oleh doktor di KD Plentong sekiranya tiada tanda tapi Putrajaya kata boleh balik dan bagi tarikh 7 September 2012 datang semula.  Masa datang tu memang ada nota yang wad Putrajaya penuh pada hari ini (sebenarnya hari-hari penuh).  Jururawat pun kata kalau aku datang 7 September tu aku cuma akan diperiksa dan akan dihantar ke mana-mana hospital berdekatan. Tak kisahlah, dalam hatiku memujuk.

Sambung tadi, bila mama sendiri sudah bising suruh pergi saja, kita ni nak melawan, kita nak senang beranak.  Taknak pula sebab menderhaka karang susah pula bersalin.  Jadi aku diamkan saja.  Kalau tanya encik suami dia kata terpulang. Mama macam tak kasi beranak hospital Putrajaya juga.  Jauh, katanya.  Bagi aku dekat saja. Sebab sudah biasa ulang-alik kerja dulu.  Dalam pada itu aku tanya jiran dan kawan yang pernah beranak di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah tentang servisnya.  Jiran kata suami tidak boleh masuk. Hati aku berat pula ke sana bila dengar macam tu.

Disingkatkan cerita jam 11.00 lebih malam aku menyusukan Aisy untuk tidurkan dia.  Tiba-tiba ada bunyi 'pop' dan rasa basah.  Terus aku jerit panggil suami dan ke tandas untuk tengok apa yang basah sambil bagitahu suami mungkin air ketuban yang pecah.  Sikit saja rupanya yang keluar.  Aku pakai pad dan beritahu mama dan suami nak ke hospital.  Dalam 11.30 aku, Suami, Aisy dan Uda bergerak naik satu kereta. Uda rapat dengan Aisy, jadi dia boleh jaga Aisy masa suami sibuk dengan aku.  Mama, Alang, Dikcu dan Along menyusul kemudian.

Mama "Nak ke hospital mana?" "Banting je lah, dekat" kataku. "A,ah. Banting jelah". 

Aku tengok jam setiap kali sakit.  Memang 5 minit sekali.  Sah macam yang selalu orang cakapkan.  Dulu masa Aisy tak rasa pun pengalaman ini.  Aku tanya suami lagi, nak ke Putrajaya ke Banting.  Dia kata tidak kisah, ikut aku, dah sakit tu, macam mana? tanyanya.

Dalam duk fikir-fikir, sampai dekat traffic light depan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.  
Aku, "Putrajaya je lah jom".
Suami "Boleh ke?"
Aku "Boleh"

Terus Encik Suami putar stereng menghala ke Putrajaya. Huhu. Setiap 5 minit kali sakit aku diamkan saja.  Cuma bila suami bawa laju tu aku cakap elak jalan tak rata.  Sakit.

Sampai hospital, bangun dari kereta, aku rasa air keluar lagi.  Uda parking kereta.  Masa ini bagi uda dengan Aisy, Aisy dah nangis nak mengikut kami tapi kami biarkan juga.  Sampai kaunter, menunggu jururawat dengan tugasannya.  Aku cuma menahan.  Taknak menunjukkan rasa sakit. Bila siap, jururawat ambil dan daftar dokumen aku pula.

Aku disuruh masuk untuk diperiksa.  Sebelum tu timbang dan ambil tekanan darah.  Jam 12.10 bila doktor cek, baru 5cm.  Doktor tanya aku ada masalah apa-apa.  Aku cakap anemia tapi da recoverd.  Pastu doktor kata nak transfer aku ke Hospital ABC, Presint 8, Putrajaya.  Hospital itu untuk mereka yang tiada apa-apa masalah semasa mengandung.  Jururawat beritahu sudah telefon ambulan untuk ambil aku.  Ambulan pun sudah ready.  Cuma menantikan Doktor buat surat transfer aku saja. Doktor lebih ambil berat dengan pesakit sebelah aku.  Macam ada asma.

12.30 tengah malam aku disuruh turun katil dan duduk untuk menunggu.  Aku pun turun, sebelum turun ada datang sakit kerap tu.  Tiba-tiba aku tak boleh duduk (dalam keadaan separuh nak duduk), terus aku beritahu jururawat yang lalu yang aku nak berak.  Jururawat suruh aku duduk.  Aku tahan rasa berak dan duduk.  Jururawat tadi datang semula dan suruh aku baring balik, doktor nak cek semula katanya.

Bila doktor cek, da 9cm buka katanya.  Masa ini memang tak ingat dunia tahan sakit da.  Rasa baby da nak kuar.  Doktor tak pasti suruh jururawat cek pula.  Jururawat cek pun 9cm.  Terus bergegas masing2 heret aku dengan katil tu.  Aku cepat-cepat buka mata pesan suami ada di luar.  Jururawat kata sudah panggil.  Mata aku duk pejam masa ini sebab jururawat duk suruh aku tahan.  Tahan budak nak keluar lagi sakit rupanya.  Hahaha. Kelakar bila ingat.  Kelam kabut masa ini.

Sorang nurse cakap bilik 4, sorang nurse kata takda alat yang untuk tahu sakit kita tu. Bila sampai bilik tu aku kena bangun pindah katil, walaupun da rapat tapi dengan nak menahan sakit tak terangkat rasa badan tapi gagahkan juga.  Pastu suruh tukar baju pula.  Dalam hati aku, macam nak cakap je, boleh tak nak teran je?  Alahai.  Tapi berfikir waras lagi dan buat saja macam diarahkan.  Lagipun diorang tolong.  Mungkin nampak aku sakit kot.

Lepas tu baru teran. Kalau masa Aisy aku tak perasan air ketuban keluar, masa Zahra membuak rasanya. He. Bila teran ingat da kuar, aku pun berhenti meneran, tetiba nurse suruh teran lagi..rupanya baru takat leher, bahu belum lagi..alahai anak aku, terus teran, nurse cakap awak angkat bontot ni.  Alamak baru perasan, terus letak bontot. Pastu baru keluar. Kalau masa Aisy dulu tak nampak secalit pun darah, time Zahra ni ada jugalah darah (Ibu tak rajin minum air kelapa, apa pun tak rajin lah beria time Zahra ni. Anak kedua katanye).  

Bila keluar terus aku tanya perempuan ke lelaki.  Semua senyap.  Aku tanya suami.  Perempuan ke?  Aah.  Lega.  Tepat kata doktor swasta semasa scan yang terlalu yakin anak aku perempuan.  Hehe.  Lepas tu baru nurse bagi aku peluk.. Dia suruh sentuhan kulit ke kulit. Baru pergi.

Anak ibu lahir berat 3.43kg (berat sikit dari Aisy 3.34kg), tinggi 50cm (kurang 1cm dengan Aisy) dan lilitan kepala tak ingat. He.

Lepas tu nurse kata anak aku muka lebam mungkin sebab terbelit leher dengan tali pusat masa hendak keluar katanya.  Dia ambil dan hendak bagi oksigen.  

Lama sikit baru dia bagi,  dia kata anak aku lapar hendak susu. Dah hisap jari.  Baik budak ini, katanya.



Untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee, sila klik sini untuk maklumat lanjut.

29 Ogos 2012

Selamat hari raya

Add caption

Selamat hari raya..
Maaf zahir batin..
Hari ni syawal ke 11..hari rabu..
Aku masih bkerja..
Esok due bsalin..
Esok cek up... Jadi esok half day..
Sebenarnya aku da mohon cuti minggu ni tp sebab rasa syg cuti n yakin masih kuat lg, aku ikut asben balik jb dari klang ahad lepas..
Doa2kan moga bsalin  merdeka ye..amin
Malam ni ibu mentua buat open house kecil2an, x meriah mcm selalu sbb buat time keje..
X blh buat minggu ni sbb esok aku da gerak klang balik, nk bsalin area sana..
Dengan family mentua nak hantar adik ipar di pulapol ahad ni..
Tgu tahun dpn la ea, beraya dgn meriahnya..he

25 Jun 2012

Bakal Menimang Cahaya Mata Ke-2





Salam semua,

Aku kini bakal menimang cahaya mata yang ke2.

Cerita pasal cahaya mata kedua, aku kini sedang mengandung 30 minggu.  Jadinya lagi 10 minggu penantian.  Tarikh jangka bersalin 30 Ogos 2012, tapi ikut scan pula 6 September 2012. Kalau dapat 31 Ogos pun syok jugakkan?

Sewaktu mengandung, aku tidak alami alahan teruk seperti mengandung Aisy dulu. Sekali je muntah pun.  Itu pun sebab tandas lelaki rosak dan kongsi tandas dengan tandas pekerja wanita, pastu hancing..ada warna kuning lagi keliling tandas "bowl" tu hokey! @ tak basuh!  Pengotor betul.

Lagi Aisy sangat sayang adik dia dalam perut ni. Tandanya dia selalu cium perut aku sambil kata "baby".  Dia memang dapat rasa dulu dia bakal jadi abang.  Awalnya dia jadi sangat tertarik dengan seorang bayi dalam "stroller" sewaktu membeli belah sebelum kami tahu yang aku sedang mengandung. "Sweet" kan!  Selain itu, Aisy jadi kuat terasa juga, pandai merajuk.

Kesiannya Aisy sewaktu aku mengandung ialah aku kekeringan susu sejak mengandung 4 bulan.  Kesian anak ibu.  Tapi dia tidak pernah berhenti menempel.  Ramai suruh aku putuskan. Kalau ikut sakit disebabkan hisapan kering tu, ya aku hendak sangat.  Tapi bila kenangkan dia merengek jika aku tidak beri, aku tidak sampai hati.  Semoga aku cekal untuk sambung menyusukan Aisy lebih dari dua tahun. Amin.

Scan? Dah 2 kali buat, masa 1st, masa bulan ke lima. Tak nampak.  Pergi tempat sama masa bulan keenam, doktor ganti saja yang ada.  Doktor ganti pemalas sangat sesuai untuk diberi gelaran.  Dia taknak usaha langsung untuk tengok jantina anak aku.  "Nak tahu jantina ke? Tak payahlah. Bukan nampak pun"  Memang sakit hati dengar dan ingat. Aku bayarlah!

Memang tiada banyak persediaan lagi menyambut bayi baru sebab lebih gunakan barang aisy lama. Nanti baru tambah-tambah.  Kalau tahu jantina "excited" gak, tapi nak buat macam mana. He.  Nama pun tak sedia lagi.  Sekejap je kot.  Kali ini hendak berpantang di rumah ibu sendiri dan kalau boleh hendak bersalin di selangor pula.  Itu sajalah perancangan yang kekal.  Jumpa lagi.