23 Mei 2011

Hasil Free Header By Kei Seichi


Tadaaaa!!!! ni hasil Kei Seichi..wah fast n furios kan..copek!..terpikat pada pandang pertama..

Terus aku apply kan kat header aku..ahahaha..gelojoh kan..

Tapi..ada masalah sikit je..bukan dari dia tapi header aku tu..ada warna..Background aku suruh Kei buat transparent.  kebetulan lak header aku yg tang atas ke tengah tu warna hijau dan ke bawah warna ala maroon..haih! cacat ok..tengah cube ngendeng-ngendeng beliau kalau beliau berjasa baik edit mana yg sesuai..pastu aku ngan jahatnya mengendeng suruh tukar pic kiri ke kanan dan kanan ke kiri..wah! kemain over ko ni iza kan..sian orang tu..ahaha

Dan sepantas kilat beliau balas ngan pic ni...


Mekasih la bebanyak ye Kei..da lama benor iza teringin nak tukar header...dapat lak jumpa orang berhati baik nak tolong buatkan..orang yang kita tak kenal lak tu..so, TERIM KASIH DAUH KELADI.. NANTI NAK MINTA TOLONG LAGI...wakakakaka

 

22 Mei 2011

Free Header by Kei Seichi

Salam kawan-kawan.  Siapa-siapa yang berminat nak Kei Seichi buatkan header sila angkat tangan macam saya (sambil meliuk-lentukkan tangan) secara percuma boleh la klik kat Kei Seichi.  Aku dapat daripada blog ini bila nak tambah ilmu pasal bubur.  Orang-orang  yang tak ada masa macam aku, lebih baik cepat. Tarikh tutup 3 Jun tapi kalau owner rajin, dia kata mungkin akan dilanjutkan.  Tengok tuah lah yer.

Untuk Banner iza, iza nak
1. Background - transparent gaya-gaya Kei Seichi lah..
2. Ayat - Diari Pengubat Sepi & dibiuscinta.blogspot.com
3. Warna font - Ijau (agak-agak yang masuk dengan warna pink i lew ye)
4. Gambar:

5. Contact - s_iza1584@yahoo.com
6. saiz : tak tau..ikot suke lew ekh.


THANKS!

 



Tepuk Amai-Amai dll

Balik dari bercuti di Cameron Highlands (Kalau rajin dan ada masa nanti aku cerita k!  Nak wat entry ni pun aisy asyik nak ketuk keyboard je..)  tidur semalam di rumah ibu mentua.  Esoknya malam cuti Wesak baru balik.  Balik letak je dia, dia wat tepuk amai-amai. Teruja ok!  Tapi nak ambil pic memang tak dapat la..Budak ni dah tau kalau orang ambil pic, kerja dia sengih-sengih je.

Dengan terlebih teruja ibu ajar cak cekur..yang wat gaya genggam tangan tu..ibu pernah baca yang itu bagus untuk ajar anak. ..tapi ibu tak pernah dengar lagu tu, jadi ajarnya separuh baris je..Ibu pernah dengar lagu tu dari keluarga mentua je..memula dengar cam kelakar..search youtube tak dapek! Alhamdulillah itu pun Aisy senang tangkap..
'cak cekur udang gamet..'

Semalam pula lagi tambah teruja bila tengok Aisy da lepas tangan sambil tepuk amai-amai..Lebih dari 5 saat..

dan lagi.  Yang paling best! aisy duduk dalam walker, lepas bagi makan.  tetibe dia cam terhyper aktif ke hulu ke hilir dan lepas dia g angkat walker tu siap jengket2 kaki sendiri...memang kelakar! haih! anak ibu ni..

Wah! segalanya cepat berlalu, kalau terlepas tengok perkembangan anak, rugi!!!

update: dapat pun pic Aisy tepuk amai2..ni hasil dia tengok dan dengar lagu 'Clap your hands'..kalau baca pasal Gelagat Aisy, tu lah video 'Clap your hands'.  Kebetulan pakai baju sama lak =P

Susu terakhir

-Sedih baca cerita ni..saja nak share..try la. tengok meleleh tak..he

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan par...ah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.   Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.   Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.   Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.   Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...   **Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".




11 Mei 2011

Klinik 1 Malaysia

Atas nasihat ramai di facebook dan baca dalam buku Pa & Ma mengenai tanda-tanda anak anda tidak sihat, aku dan suami bawa Aisy ke klinik.
Malam-malam mencari Klinik 1 Malaysia.
Di Taman Megah Ria.
Bagi MyKid.  Lupa bawa Kad Biru.
Jumpa nurse.
Nurse (N): Umur setahun ye?
Aku (A): Belum.  9 Bulan.
N : Kenapa?
A : Dia tak aktif macam selalu.  Batuk teruk.  Lembik je. (actually bila nak pergi klinik tu lah dia tetibe aktif)
Nurse ambil cek guna satu kertas letak kat dahi.
Bukan main Aisy tolak.
N: Nak aktif macam mana.  Macam tu letak dia kat padang bola la. Kuat ni dia tolak tangan saya ni.
Aku apa lagi, jujur bagitahu yang dia aktif pula bila nak datang ke klinik tadi.
N: Kami ada ubat demam saja.  Kalau agak-agak dia teruk bagi la. Kami tak dibenarkan beri ubat batuk atau selsema kepada budak di bawah umur 2 tahun.  Ada suratnya.
A: Kalau dia teruk, biarkan je ke macam mana?
N: Kita akan nasihatkan guna cara lain macam letak vikcs atau bagi minum madu.
A: Kalau macam tu, kenapa swasta beri ubat tu?  Saya dah pun beri Aisy ubat swasta kepunyaan sepupu dia.
N: Kalau doktor dengar awak bagi anak awak ubat orang lagi lah doktor marah awak. (Bla Bla Bla..apa yang dapat aku simpulkan katanye budak baru nak ada antibodi jadi sangat tak baik kasi bayi bawah 2 tahun ubat batuk dan selesema.  Terutama antibiotik.  Akan menjejaskan pembinaan antibodi dalam badan bayi) Biasalah budak.  Perangai berubah-ubah.  Takkan aktif je.
A: Owh mungkin sebab dia ini tak sihat sebab kami bawa dia pergi kenduri di KL.  Diorang kemas rumah.  Mungkin habuk dia batuk.
N: Aah mungkin sebab tu dia bersin (Ekh aku cakap batuk, mana dia tau Aisy kuat bersin sama).
A: Betul gak tu.  Lagipun cuaca kan.
N: Ha, ye lah.  Ramai datang klinik sekarang ni sebab cuaca.
A: Tapi ubat demam tu masih ada lagi.  Aisy ni tak suka makan ubat.  Dia tolak-tolak.  Makan ubat sepupu dia pun kami paksa. Pegang dia.
N: Owh bijak ye budak ni, pandai dia. (Sambil pandang aisy)
tapi tetap bagi ubat demam..Seronok aku. Walaupun sekadar pergi je. Tapi borak tu dapat ringankan isi hati aku yang risau.

p/s: jaga kesihatan anak anda juga ye.


05 Mei 2011

Anak No. 2

Aku dapat dari facebook.  Sape lagi anak no. 2, jom layan..

  • ANAK MANJA IBU- sebab apa2pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. apa sikit ibu!!
* ye ke? ye la kot.  Mama pun pernah cakap dulu.  Setahu aku, aku tak manja, tapi aku sayang mama sampai mati..aku tak pernah rasa aku pernah balas segala jasa dia yang seolah-olah bela kami berlima sebagai ibu tunggal..sob sob sob..sedih kalau kenang cite lama..jadi, abaikan.

  • ANAK DEGIL - Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia ajer yg betul..dlm ramai2 adik beradik dia ajer yg KETEGANG .. kemahuan dia kuat.. kalau buat sesuatu sungguh2… kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan..
* ofkos aku budak degil.  Dr Fazilah Kamsah kata budak bulan mei pun budak degil.  Jadi aku ni super duper degil. budak degil tapi baik.  ada ke? :P

  • TAK PANDAI PUJUK - memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..
* tak pasti.  yang pasti aku nak dipujuk walaupun aku tak tahu macam mana nak bagi reaksi lepas kena pujuk.  Ahaks!  Tak pujuk, terasa gilew beb!
  • BERCINTA - Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban …
* tak dinafikan.  walaupun aku tahu boipren aku cam setan.  aku takda bukak mata cari lain.  sampai aku rasa ditipu, dikhianati n hubungan tu takda makna. aku blah!

  • HITAM / PUTIH - Apa yg dikatakan semua dipegang ( kononnya ) kalau hitam2 hitamlah kalau putih …. putihlah ….degil tak boleh toleransi
* ye ke? kadang pe aku ckp, aku nak buat.  tapi kadang hangat2 suam je.  Kalau dengan orang yg aku sayang, kadang cair beb! habis lah..

  • HATI - No 2 ni juga nampak ajer keras…tp hati dia lembut juga….SATU lagi peel dia…dia tak boleh ditegur….kalau kita tegur dia mesti tarik muka
* ha mcm aku ckp kat atas tu la kan..dulu perasan gak perangai buruk yg SATU ni..da cuba cover..dan rasa tak lagi..ye ke :D
  • BERDIKARI - very independent..mmg betul..tp kalau terlebih indepent pun payah…..TP mudah bergaul..campak lah kat manapun sekejap dah dapat kawan..very take care of her brother and all stuff belonging family.( sebab terlalu ambil berat pun menyampah…semua adik2 kena control kena report kat diorang ) ..
* betul sangat.  Dari kecik sampai besar aku susah nak minta mama duit, lau nak cari sendiri. keje sendiri.  Sekolah rendah lagi aku da kerja. Macam-macam kerja berat.  Kalau tak da duit, tak da nak merentan.  Sanggup tak makan or else.  Penah duk asrama time sekolah menengah, sanggup kuar asrama sebab pk adik beradik lain makan ke tak ni.  sedang aku makan sedap2.  Tapi aku pelik kenapa adik beradik aku laki yang lain senang je nak minta duit dari mama. Rasa nak marah je. Mudah bergaul ntah la.  Memang ambil berat, kuat perintah dorang tolong sesama kerja. :P sampai mama kata, suruh la adik2 ko tu, dorang nak dengar cakap ko. Lama-lama aku bosan jadi garang, he. jadi abaikan.  Bila da kawen sampai sekarang aku rasa adik-adik aku masih cerita hal dorang ngan aku.  Alhamdulillah.  aku suka dengar.  Tak kira la cita gembira atau sedih.

  • ARAHAN - anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan….dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata..tak boleh kerja ngan org…ramai anak no 2 ni keje sendiri
* ye ke? he. buruk perangai ekh.  Macam tu aku kena kumpul duit keje sendiri lew gamaknye. 

  • PEMAAF & caring - tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah
* segala kat atas tu betul.  Maaf tapi jangan buat lagi dan lagi.. sakit tau! :(

  • PAKAIAN - Nak ajer up to date…semua nak kemas....
* Ni aku rasa kemas sudah la..takde up to date..takda duit, wat pe nak wat biar papa asal bergaya. Huhu..  Kadang aku lebih kat orang yang aku sayang dari nak beli untuk diri sendiri ada lah! Tapi terfikir lak, kalau aku kaya..he..habis duit ke melaram ke? =P



04 Mei 2011

r0sak!


Nak marah ke?
Boleh tak aku yang garang ni tak marah kalau bab dia pegang handphone ni..
dan akhirnya, segala bagai rosak!
patut la ayah marah..ayah dia nampak sangat tak suka lau dia pegang handphone..
bila dia bagi, dan dah jadi macam ni, ha baru lew aku tau kesannya..pasni jangan cobe2 (ye ye je aku ni..)

Boleh tak serentak handphone ayahnye rosak kelmarin,
tetiber semalam handphone ibu pulak rosak!
ibu ni dah la kedekot..
selagi tak jahanam handphone tak teringin nak cari yang lain..
ni ibu tutup je..malas nak on..mencik! wat pe on lau tak leh tekan (**,)

Isyh, Aisy ni nak suruh ibu beli hp baru ekh..ehehehe..
Bukan je handphone rosak..
remote control pun rosak..
ni semua gara semua benda dia nak masuk dalam mulut..
dijilat, dirasa..
adeiii..

anak sape?







Ingatan semasa awal Selepas BersaLin..

Salam.
Aku RINDU berblogging.
Jadi, keluar idea untuk bercerita kenangan tentang saat-saat mula jadi ibu.
Memang sudah lama nak bercerita, cuma perhatian aku lebih pada Aisy sejak ada dia.
Kenapa orang lain yang ada anak boleh? Ntah, tapi.. (ceh! alasan)
Kalau aku mengadap laptop, laju je dia tolong aku tekan2 dan tutup laptop..dengki la tu..aisy nak ibu ngadap Aisy je kan..hiks!
Ni aku ambil masa kat ofis. Aku sangat sibuk di ofis.. Tak campur orang yang suka lepak tempat aku untuk bergosip lagi. Ahaks! Kadang-kadang kalau kita sibuk sangat nak buat kerja je pun tak guna.. Eh! baru sedar da melalut dan lari topik..
Ibu ingat masa aisy baru-baru keluar..
  • telor aisy beso..kalo sape tgk pun kata beso..ramai suruh tuam..takut air pasang dlm surut pukul 5 katanya..brape kali je ibu tuam..tak sempat ar (alasan)..ibu takut aisy pancut ibu (alasan lagi)..ekceli ibu ada mimpi telor aisy beso masa ngandungkan aisy..ibu dapat gerak hati anak ibu laki..ramai ckp anak ibu laki..dan dalam trimester pertama cek up, pertama kali jumpa doc, dan doc scan dan write XY..ibu da agak gak..tapi semua tu ibu senyap sendiri..tanya kat doc tu pun tak..kalau cakap pun, ngan ayah je..tak mau kecoh..ekh melalut..ha, pasal BESO tu..dalam beberapa bulan maid kat umah mentua ada cakap, dia kata mesti aku suka bawa barang dalam bilik air..hah?! ko skodeng aku ekh! ehehe..betul buk! saya ni sembelit...sy paling menci duk lama2 dalam bilik air..jadinya saya main SUDOKU sambil membuang.. =P
  • nurse yang sambut kata BERSIH...dorang lap-lap tengok gitu je..sape yg ada baca entry aku yg lalu tau la..sblm aku nak g spital pun aku duk mencari air kelapa..since 7 month aku da minum seminggu sekali, da perabih batang pokok tu baru lew tak minum dan mencari.  kalau ada, lau tak ada..tak da la aku merentan...tawakal jek..kalau tgk report pun tak da TANDA LAHIR..tapi makin sehari makin nampak pulak tanda lahir budak comel ni..kat muka dan kat kaki..hah! tu dia anak ibu.he..
  • Aisy PUTIH. nurse yg ngelap pun cakap putihnye..Ibu pelik sebab ibu tengok dak2 baru lahir MERAH.. tapi tak fikir apa lah..  Ada yang kata ni dah besar gelap ni, kalau yang merah tu da besar, putih.. Ok, aku terima..siap sepupu Aisy keluar, ibu cakap menda sama....samalah masa hantar cek kuning..duk tengok anak cina, melayu n india sume muka merah..anak aku je putih..plus da ada ruam susu sket :P..yang ibu pelik bila mak ayah budak tu gelap, takkan da besar anak dia nanti putih, cet teruk gak detik hati aku..ahahaha..sekarang sepupu Aisy da besar pun..kulit aisy terang skit dari dia..so orang cakap tu tak betul! =P Tapi kalau da besar Aisy gelap, ibu tak heran pun sbb ayah time kecik pun, putih..da beso ...eheehe..
  • Ayah cerita kat ibu, yang dia seram tengok ibu kena gunting.  Siap menganjak ke belakang. Patut la ibu perasan dia terkebelakang tetiber.  Oleh itu, hargai ibu ya.  Ibu da tak rasa sakit digunting tu lagi, sakit bersalin lagi sakit.  Huh!
  • Semua kata rupa ayah. Mana tak nya..kat bilik, masa tu ada pic ayah time kecik2 sebeso-beso alam.  Kadang ibu cakap ngan Aisy sambil pandang gambo tu. Ater, anak ibu sebijik rupa gambar tu. Kadang jeles gak..tapi ok la rupa ayah..maksudnya tidak syak lagi! ahahahaha...


nota kaki: pe lagi ekh..next time update..da tak  hingat..urat da putuih..hiks!







01 Mei 2011

1 mei 2011

Selamat Hari Jadi Yang ke 27, Shah Iza.
Terima kasih pada yang da wish dan yg akan wish :)

Terima kasih buat Encik Mohd Izzul Hasmi yang dah wish.
Untuk awak, saya ucapkan Selamat Ulangtahun perkahwinan kita yang ke 2.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari orang-orang yang bermakna dalam hidup saya.
Terima kasih dengan semua kebaikan B.

Maaf bila saya berkasar,  Maaf bila saya marah, masam.  Maaf bila saya tegur.  Maaf bila saya 'menolak'.  Maaf bila saya tak dapat tahan kentut dan lagi, terbusuk. =P.  Maaf bila masakan saya tak berapa sedap. 

Saya boleh dikatakan bangga sepanjang tahun ke-2 kita bersama.  Sebab tahun kedua kita lebih baik dari tahun pertama.  Hati saya terasa kurang diusik.  Bangga sebab kita duduk bina rumahtangga sendiri.  Walaupun duduk di rumah sewa, saya bangga sebab semuanya atas usaha kita sendiri.

Saya sayang B.  Semoga hari mendatang kasih sayang kita lebih erat.  Semoga rezeki kita bertambah.  Semoga kita menjalani hidup atas jalanNya.

Amin~



Menyusu

Teringat masa mula-mula hendak menyusukan Aisy..
Aku bersalin jam 1.23 petang.
Aisy 'membuta' kerjanya.
Samalah dengan aku.
Mungkin disebabkan suntikan ubat tidur untuk kurang sakit hypercontraction itu buat kami mengantuk.
Malam, nurse datang tanya sudah susukan bayi.
Bayangkan, lama dia tidak menyusu. Layan tidur je.
Jadi, confirm la aku jawap tidak, baby tidur je.
Kejutkan, dia kata.  Aku blur.  Dia ambil aisy letak kat pangku aku.
Buka baju aku.  Picit breast aku. 
Dengan rakus tonyoh pale aisy kat dada aku.
3 kali dia buat macam tu, hati aku sangat terusik.
'Tak apa, tak apa, saya buat sendiri..saya cuba'.  Dia pergi.
Sayu sangat hati aku masa tu. Rasa hendak nangis.
Aisy tetap nak tidur. Tapi aku tetap cuba.
Bila tak mampu. Aku letak dia di katil sebelah aku.
Baru saja aku nak baring, Aisy muntah seolah air putih.
Banyak sangat.  Risau hanya Tuhan saja tahu.
Kebetulan nurse tadi masuk balik.
Dia pun ambil Aisy. Tak senang aku menunggu.
Rasa nak pergi je.  Tapi tak tahu ke mana.
Lama sedikit nurse hantar semula.
Dia kata tak ada pape. Aisy tak pandai telan lagi.
Tu je..haih~~
 (pasal ini aku ada juga cakap kat doktor esoknya tapi doktor pun macam percaya cakap nurse tu, sebab dia angguk dan diam saja)
Lepas itu aku cuba-cuba juga tonyoh @ sumbat @ susukan aisy.
Mula-mula, sumpah malu susu Aisy depan orang.
Mama aku datang lawat kat hospital suruh aku susu, tapi aku biarkan je.
Lagipun Aisy budak baik, tak nangis-nangis pun. ;P
Tapi lepas itu aku biasakan diri.

Sekarang bila fikir balik, rugi sangat lambat beli pam susu.  Tak silap lepas pantang baru beli.  Aku ingat lagi, masa mula-mula dulu susu sentiasa mengalir je.  Aku menyesal sebab sekarang aku tiada stok susu.  Kalau aisy nyusu, sebelah lagi akan keluar.  Tekap je lah.  Sayang~..

Aku bercita-cita nak susukan aisy sehingga 2 tahun.  Tapi kadang-kadang timbul juga ragu dan takut aku tak dapat capai cita-cita tu.  Kira tak yakin dengan diri sendiri la.  Jadi, untuk capai tahap tu, ada rasa macam nak tegas untuk tidak mengandung selagi aisy tidak 2 tahun.  Tapi aku tak dapat mengelak dan senang hati menerima jika rezeki itu datang.  Haish, macam mana itu.  Yang aku fikir, kalau aku mengandung, aku akan lebih cuba fikirkan kebaikan untuk ketiga-tiga iaitu aku, aisy dan bakal bayi.  Itu je.

Aisy bakal berumur 9 bulan 2 Mei ni.  Alhamdulillah, bak kata sue aku dah terima diploma. He. Katanya dia menganugerahkan diri sendiri dengan Diploma sekira menyusu sehingga 6 bulan, Ijazah jika sehingga setahun, Master - 18 bulan dan PhD jika jika genap 2 tahun.

Walaupun baru diploma, tapi ibu bangga sebab dapat Fully BF dengan Aisy. Hasilnya anak ibu sihat.  Sihat dalam 2 makna.  Peningkatan berat badan yang cantik dan anak ibu tak pernah @ jarang dapat penyakit.  Ibu harap dengan susu ibu, Aisy kekal sihat dan kurang dijangkiti penyakit. 

Walaupun macam tu, Ibu nak minta maaf kerana ibu tak berapa rajin nak mengepam dan kadang-kadang lupa.  Boleh nampak kemalasan ibu dengan penghantaran bilangan susu ke pengasuh. ;)
Aisy 2 bulan ibu bagi 2 botol susu.  3 bulan 3 botol susu.  4 bulan 4 botol susu.  5 bulan 5 botol susu.  Genap 6 bulan ibu cuma  bagi 3 botol je.  Alasan ibu?  Aisy da mula makan.  Walhal time tu Aisy baru nak belajar.  Tak pandai pun.  Duk bluwek2 macam ibu ngandung jek.  Sampai la umur 7 setengah bulan baru pandai makan.  Cian sayang, sampai sekarang ibu bagi 3 botol lagi.  Maaf ya.  Ibu mengaku, ibu pemalas. 


Walaupun berat aisy makin lama tak berapa naik, tapi alhamdulillah ibu bersyukur sekurang-kurangnya aisy tidak underweight.  Aisy lahir 3.34kg. Sebulan 4.5kg.  Dua bulan 5.6kg.  3 bulan 6.5kg. 4 bulan 7.5kg, 5 bulan 8.3kg. 6 bln, 9.1kg.  Bukan untuk bangga, saja nak share.  Sebab yang jumpa aku pun, tanya apa rahsia badan anak semangat, aku cuma cakap @ promote susu badan. Dan alhamdulillah mereka terima jawapan aku dengan kata-kata yang positif.

Yang buat aku terkejut bila cek up 8 bulan, berat aisy 9.82kg.  Dalam masa 2 bulan, anak ibu cuma naik 0.72kg sahaja.  Yang tak blh lupa ialah masa jumpa nurse, mula-mula macam biasa la nurse akan kata aisy semangat, berat ok.  Aku pun jawab 'ok ke, naik sikit je'.  Dia jawap, 'Ok la tu, ko nak berat macam mana, karang kalau berat sangat, tak larat ko nak dukung'.  Terus aku lega.  Dalam hati betul gak cakap dia tu.  Dukung lama-lama pun aku mana larat.  Sakit pinggang aku.  Haip! jangan alpa.  Kalau tak dapat naikkan usaha ngepam, maintain ye iza.  Jadi, bersyukurlah asalkan anak kita tak underweight, sihat dan kita masih memberikan hak menyusukan anak, sudah.  cukup! -tamat-


* sudah la lama tak berblog, bila datang mood..tetibe je lembab line..biasala hujung bulan..
yg da siap taip, hilang.  bila nak ingt balik, otak pun da jam..lantak!