27 Disember 2011

Cuti Krismas

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan,

Takut lompang bulan Disember jika tidak berblogging.  Aku menerjah. Rindu rasanya. Sekarang di pejabat tidak boleh buka Facebook, Nuffnang juga.  Jadi rasa terbatas. Blog-blog tertentu juga tidak dapat disinggah. Ralat rasa.

Sejak Hari Raya Aidilfitri aku tidak pulang ke Shah Alam, Krismas aku datang semula.  Rindu sangat rasanya. Hampir 4 bulan. Ya, aku jarang balik.  Kalau kampung keluargaku di Utara atau Pantai Timur, entah berapa jarang pula aku balik ya. He.  Kadang aku rasa tidak gembira untuk balik sebab mama kerja.  Dia 'workaholic'.  Kali ini dia juga kerja tapi mujur semalam 26 Disember dia ambil cuti.  Itupun di saat akhir, selepas aku bising dan ditanya majikan bila mahu habiskan satu hari lagi baki cutinya.

Jadi, masa sebaiknya aku gunakan dan rancang pun di saat akhir.  Aku teringat Taman Pertanian Shah Alam di Seksyen 8.  Bila sampai, baru aku tahu Taman Pertanian telah tukar nama Taman Botani Negara, Shah Alam. Walaupun aku warga Shah Alam, tapi jarang ke sana.  Kali terakhir masa baru-bar habis sekolah.  Jadi, rindu ke sana.

Dibuka jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Kami lewat sampai iaitu jam hampir 4 petang.  Masuk bayaran adalah RM3 untuk dewasa, RM1 untuk kanak-kanak 6-12 tahun dan warga tua.  Masuk sahaja tunggu bas sekejap sahaja dan kami dibawa melawat ke Taman Iklim Sederhana 4 Musim sahaja. Sebenarnya inilah tarikan utama di sini untuk warga penduduk Khatulistiwa macam warga Malaysia. Bila sampai, kami diminta tiket, rupanya tiket harus dibeli di kaunter hadapan bersekali dengan tiket masuk. RM3 juga. Ingat ya kawan-kawan.

Mama seperti mahu melawat tempat lain sebab tiada tiket dan fikirkan masa, tapi aku memujuk ini adalah tempat yang wajib pergi jika datang ke sini dan mujur jugalah ada rakan petugas mahu bantu kami dan lain-lain dalam 4 ke 5 keluarga yang tidak dimaklumkan oleh petugas kaunter hadapan untuk beli tiket di sana. Dalam menunggu kami menghabiskan masa bergambar di luar. Malangnya, bila sampai tiket kehabisan buat kami tapi rezeki buat kami kerana diberi ehsan oleh petugas untuk kami yang menunggu masuk.  Alhamdulillah.

Masuk sahaja musim sejuk ketika itu.  Teruja rasanya.  Semua bergambar sakan. Bergembira. Jika kami datang 1 - 14 November, ada salji. Oleh itu, kalau anda ingin datang pada waktu musim tertentu, atau mendapatkan lain-lain maklumat, sila klik di sini ya kawan.

Selepas itu kami keluar, walaupun belum dihalau untuk singgah ke tempat-tempat lain tapi menghormati masa sehingga jam 4.30 petang.  Lagipun rasanya kalau kami curi masa pun banyak tempat untuk dijelajah.



Selepas itu kami drive tru di McDonald dan menikmani Prosperity burger kemudian berkelah di Alam Impian.  Alam Impian berdekatan dengan rumah kami.  Kami pilih berkelah di situ sebab banyak landskap yang menarik.  Jika dari Seksyen 24, anda akan dikenakan tol 60 sen.




p/s: seronok tgk gaya aisy bergaya..kat bawah ni gambar kitorang "pos"e yang dia beria mengikut..hehehe..lawak..angkat besi, tolak batu dan angkat batu..dia lebih suka menolak batulah, lepas tu jumpa apa dia menolak juga..tp bila da jumpa "ball" tak ingat nk pose da..mulut asyik sebut "ball" je sebab kami tidak kasi main sebab entah siapa punya tertinggal.