Assalamualaikum.
Kenapa saya menyertai Shaklee?
Asalnya saya ingin mencari kolagen. Kenapa kolagen? Selepas mengandung
dan bersalinkan anak kedua ni, rasa rendah diri tahap dewa. Perut jadi
hitam, ada 'strechmark', segala pelipat semua gelap. Sendiri tengok pun
seram. Walaupun suami tidak pernah tegur tapi rasa ingin cantik
timbul.
Entah macam mana borak dengan kawan, ada pula promosi Shaklee bulan
Disember ni untuk kolagen powder. Beli 6 percuma 1 tapi sayang rupanya
kolagen tidak digalakkan untuk wanita mengandung dan menyusukan bayi.
Tapi aku disarankan mengambil ESP dan vitamin E. ESP bukan sahaja boleh membuatkan kulit cantik, malah boleh menjadi milk booster kepada ibu menyusu. Saya akan kongsikan kebaikan ESP
nanti ye. Aku selalu lalu kedai/cawangan Shaklee di Taman Molek, Johor
Bahru. Jadi alang-alang aku fikir baik aku beli sendiri dari tempah
dengan rakan sebab bukan itu sahaja yang aku ambil. Antara lain ialah Alfafa, vitamin B Kompleks, Vita-lea, Zinc (untuk encik suami), dan Vita-Lea for Children. Hasrat nak beli Vitamin C tapi sudah habis. Re-stock pada April 2013. Lamanya.
Macam-macam juga faedah menjadi ahli Shaklee. Nak tahu?
Nanti di kemudian hari ye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan