20 Jun 2011

Keletah Aisy Waktu Makan

Aisy susah nak makan.
Walaupun camtu, tapi aku tak akan paksa dia makan.
Aku akan ambil masa yang lama untuk bagi dia makan dengan tenang.

Sekarang kalau bagi Aisy makan mesti disulam dengan tawa.
Asalnya macam ni...

Pada suatu hari..eceh! Minggu lepas tak silap. Atau lebih. Huhu.
Sambil tunggu Aisy telan bubur dalam mulut,
aku letak bekas makan atas 'tangan' sofa.  Tangan aku berisi sudu stand by bubur nak suap ke mulut dia.
Tiba-tiba Aisy tolak bekan makan!

'Heeeiii!' Terkejut aku.
Aisy gelak sakan.
Ekh budak ni, dalam hati aku sambil tersenyum.
Nakal kan?


Aku tak marah pun sebab tak kotor.
Atas tindakan pantas si ibu! Poyo tak? Haha.

Bila aku nak letak balik, cepat-cepat dia nak tolak!
Nasib aku masih pegang tapi terkeluar lah jeritan aku lagi.
Kemain dia gelak!
Eh, nakal kau ekh. Aku apa lagi. Mulut dia ternganga kan..terus suap!
ahahaha.


Aku saja pancing.
Dia buat lagi.
Aku suap lagi.

Pancing lagi.
Buat lagi.
Suap lagi.


Sampai satu masa.....
-


-


-


--BBBLLLUUWWEEEkkkKK!!!!



ahahaha...ambik!!!
(sila jangan geli ekh..time ni Aisy mampu diletakkan di dapur untuk kuarantin sementara kami membersihkan apa yang patut..ehehe..sebab tu dia main m*t*h dia..bluwek!)
ayah yang penat, tertidur pun terjaga. Marah sebab sambil makan gelak-gelak.  Marah pun, ayah juga yang kena kemas.
aku masih ngan mood gelak sakan.  Aisy main muntah.


result - satu hape pun tak masuk mulut!!! wakakaka.. apa pun tak boley//

Sampai sekarang Aisy mesti nak tumpahkan bekas makanan kalau makan.  Nak ajak gurau la tu.
Sekali dua je aku layan..hahaha..


Tiada ulasan: